Di kala rakyat sekarang ini cuba untuk ‘bertahan’ ketika negara sedang berdepan dengan krisis ekonomi, kecoh di media sosial mengenai kenaikan gaji sebanyak 40 peratus untuk pentadbir di Sabah.
Hal kenaikan gaji ini difahamkan telah mendapat kelulusan ketika berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa yang lalu.
Kita sebagai wakil rakyat ini bagai sebuah ATM untuk rakyat dapatkan bantuan, jadi kenaikan ini sebenarnya kita salurkan balik kepada rakyat.
Subsidi rakyat ditarik, gaji menteri naik. Rakyat disuruh berjimat, elaun menteri dikekalkan. Ini lah contoh pemimpin zalim yang kita cari. Semoga lingkup 7 keturunan…. sibattt!!! pic.twitter.com/dZRLsIdFZi
— Qaseh_Khadeijah (@_NurQaseh) July 21, 2022
Bagaimanapun, berita mengenai kenaikan gaji ini sememangnya tidak di terima baik oleh masyarakat dan rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati di laman media sosial masing-masing.
Menurut mereka, tidak wajar untuk menaikkan gaji menteri ketika ramai rakyat yang terkesan dengan krisis yang berlaku ketika ini. Malah, ada juga berpendapat lagi baik menaikkan gaji minimun rakyat agar mereka dapat meneruskan ‘hidup’ ketika ekonomi negara sedang ‘bergelora’ sekarang ini.
Sekadar makluman, kenaikan gaji ini telah dikaji sebaik mungkin oleh jawatankuasa diketuai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Sabah, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai dan mengharapkan dengan kenaikan ini, ia dapat meringankan bebanan yang ditanggung wakil rakyat serta anggota pentadbiran kerajaan untuk beri bantuan kepada rakyat, kata Menteri Kewangan negeri terbabit.