Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Bab-Bab Seangkatan Korang, Senyap Ja..” Michael Ang Berang Sesetengah Pendakwah Ulas Mengenai Lamaran Kamal Adli

Tampil menyumbangkan buah fikiran, pengarah dan juga pelakon Michael Ang berpendapat bahawa tindakan pelakon Kamal Adli melamar Uqasha Senrose pada malam Anugerah MeleTOP ERA 2020 pada hari Ahad yang lalu itu tidak keterlaluan dan masih boleh diterima.

Kata Michael, apa yang dilakukan Kamal hanyalah sekadar untuk menghalalkn hubungan cinta antara mereka berdua.

Michael telah meluahkan rasa tidak puas hati itu berikutan tindakan seorang Pencetus Ummah (PU) yang tampil mengulas tentang perbuatan dua orang pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“Bagi saya ‘sweet’. Sekurang-kurangnya Kamal ajak Uqasha bina masjid. Bukan ajak buat maksiat. Saya tak faham dengan PU ni. Cepat saja nak komen pasal artis. Sebab apa? Nak cepat popular. Tetapi kalau bab-bab seangkatan korang, senyap ja..”

Michael Ang dilihat turut memberi contoh kes kontroversi yang melibatkan peserta program keagamaan seperti PU Riz yang tersebarnya gambar tidak senonoh serta PU Abu dan Da’i Syed yang turut terpalit beberapa isu yang tidak baik dan tidak senonoh.
Meskipun begitu, pengarah terkenal itu sempat memuji pendakwah bebas iaitu Ebit Lew yang lebih dikenali dengan perkara-perkara bermanfaat seperti aktiviti menderma dan membantu orang yang memerlukan.

Advertisement

saya sentiasa mendoakan mana-mana pernikahan kekal hingga ke syurga. amin

hanya sedikit nasihat saya y memahami…

Posted by Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan on Sunday, 20 December 2020

Dalam pada itu, Michael turut mendedahkan bahawa dia menerima mesej serta komen daripada sesetengah netizen yang menganggap dia menyokong tindakan pasangan tersebut atas alasan berkawan baik dalam satu industri.

“Eh ingat saya ajar semua benda ni? Tak kisah nak kata saya pertahankan Kamal dan Uqasha sebab mereka geng saya. Tetapi memang saya rasa PU suka tumpang populariti.”

Mengimbas kembali, terdahulu PU Rahmat Ikhsan telah tampil menegur perbuatan melamar secara terang-terangan yang seolah-olah telah menjadi ‘trend’ dalam kalangan masyarakat kini. Menurut PU Rahmat, ada sebab mengapa Islam tidak menggalakkan lelaki melamar wanita di tempat awam dan di hadapan khalayak ramai.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    December 24, 2020 at 10:30 pm

    Diam laa ang!!!

  2. anonymous

    December 23, 2020 at 7:20 pm

    nyebok je la ko ni semua ko nak cilok attention …org lain punya hal ,ko pulak nak popular bagai LOL

  3. nenek ko

    December 23, 2020 at 3:19 pm

    mickel. ko baru msuk islam. dan ko tetap berbangsa cina. adat org melayu lain. bkn mcm tu. kite ada adat dan seiring dgn kehendak islam. merisik. meminang.. bernikah.. nk melamar pun bukan adatnye mcm tu. gaya kafir. mesti jmp mak ayah. perbincangan tertutup org kate (merisik). walau mak ayah dah setuju.. truskn next level bertunang. jemput org2 terdekat. bukan nye bile mak ayah dah setuju tp pegi lamar kekasih hati dpn audiens ala2 gimik.. maruah, air muka mesti kene jaga.PAHAM?!!

  4. Saya

    December 23, 2020 at 2:21 pm

    Jgn kira siapa yang cakap klu ko xsuke sgt pd pu/dai/ustaz. Fokus apa yg dikatakan. Ada betulnya apa yg dikatakan. Demi nak menjaga maruah keduanya. Ada banyak baiknya dr buruk nya. Klu nak ulas akibat sekiranya perempuan menolak..pnjg lagi citer. To mybe la uqasha dah confirm akan terima kamal, thats why kamal berani buat mcm tu.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top