Golongan yang duduk di kawasan penempatan kos rendah seperti flat selalu dikaitkan dengan masalah sivik dan tidak mempunyai common sense.
Antaranya adalah situasi di mana pemilik rumah sesuka hati renovate rumah dengan menambah ruang secara haram kerana tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
Penduduk di beberapa pangsapuri sekitar Bandar Perda di Bukit Mertajam terpaksa bersabar dengan sikap ‘orang lama’ yang mengamalkan budaya ‘cop’ parkir.
Situasi itu dilihat berleluasa di mana antara objek yang diletakkan adalah kon, kerusi, pasu bunga, penyidai baju dan tong sampah di petak parkir.
Rata-rata penduduk akui berasa muak untuk membuat aduan terhadap permasalahan tersebut kerana sebelum ini tiada penyelesaian yang dapat diambil untuk membanteras budaya itu akibat sikap penduduk sendiri.
Penduduk ‘besar kepala’
Mizi, salah seorang penduduk yang menyewa di pangsapuri itu berkata dia lebih rela meletakkan kenderaannya lebih jauh dari kediaman kerana tidak mahu timbul pergaduhan antara jiran sekeliling.
Jelasnya, budaya ‘cop’ parkir itu kebanyakannya dilakukan oleh penduduk asal yang sudah lama tinggal di situ dan tidak mahu kereta mereka diletakkan jauh dari rumah.
Jadi, mulalah letak macam-macam objek untuk halang kenderaan lain masuk yang sebenarnya bagi saya amat menjengkelkan, tetapi apa boleh buat kerana tidak mahu bergaduh maka terpaksa pejam mata sahaja.”
Difahamkan, sebelum ini pihak perbadanan pengurusan sudah beberapa kali memberi surat dan notis tetapi mereka tetap berdegil malah bertindak di luar jangkaan.
Memecahkan cermin kereta dan memancitkan tayar kereta salah seorang pihak pengurusan di sini kerana berang mengangkat keluar objek yang mereka (penduduk) letak.”
Kata Mizi lagi, masalah ini sukar diselesaikan kerana sikap ‘besar kepala’ sesetengah penduduk asal pangsapuri tersebut yang ingkar dengan arahan meskipun pihak berwajib sudah menjalankan tugas mereka.
Rata-rata netizen di Facebook memberikan komen masing-masing tentang isu ini yang bagaikan tiada berkesudahan. Menurut mereka, mereka yang mempunyai mentaliti sebegini memang tidak boleh dibawa berbincang.