Sepasang suami isteri dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya namun malangnya lelaki tersebut disahkan terkorban akibat nahas terbabit.
Kejadian itu berlaku di Perling, Johor dan perkongsian wanita itu yang dilaporkan cedera ringan meraih perhatian warganet di media sosial.
Lebih menyedihkan, suaminya itu dijemput Ilalhi ketika usia perkahwinan tidak sampai satu bulan pun dan ia membuatkan ramai netizen turut berasa sebak.
Difahamkan, pasangan itu baru bernikah pada 13 Oktober lalu dan mereka sepatutnya melangsungkan majlis persandingan pada 27 November akan datang di mana segala persiapan sudah pun dilakukan.
Menerusi rakaman tersebut, wanita itu dilihat menangis sambil ditenteramkan oleh ahli keluarga ketika menunggu jenazah suami di Jabatan Forensik.
Bukan itu sahaja, dia juga dilihat berbaring dan tidur di sisi suaminya yang sudah dikafankan di masjid sementara menunggu urusan pengebumian.
Orang cuba jadi kuat untuk awak tau sayang.”
Salah seorang saksi kemalangan tersebut turut menceritakan tentang detik sedih ketika wanita berkenaan cuba memanggil suaminya yang terbaring.
Kata saksi, wanita tersebut berkali-kali menggoncangkan badan sambil cuba mengejutkan suaminya yang sedang nazak itu bangun.
B, bangun b. Bangun b.”
Ramai netizen mengucapkan takziah kepada wanita itu menerusi ruangan komen di Instagram dan turut memberikan kata-kata semangat buatnya.
Mereka juga turut menitipkan doa buat arwah dan wanita itu agar diberi kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.