Hubungan akrab antara ahli kumpulan Elite, Azza dan Abby Abadi sememangnya tidak asing lagi. Terbaru, gelagat mereka berdua kembali mencuri perhatian warganet apabila Azza sempat ‘mengusik’ Abby dengan video pelakon kacak, Zul Ariffin.
Menerusi perkongsian di TikTok, Azza dilihat membuka video Zul yang sedang menyantuni peminat di sebuah majlis. Namun, yang mencuri tumpuan ramai adalah reaksi spontan Abby yang tersenyum malu sambil cuba menahan gelak apabila melihat wajah Zul di skrin telefon.
Menjelaskan situasi sebenar, Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan berseloroh mengatakan semuanya hanyalah gurauan semata-mata.
Ini kerja Azza ya sebab saya tak buat kerja-kerja macam ini. Saya rabun, tak nampak video apa yang dia buka di telefon.
Dia suruh saya berlakon senyum-senyum, saya ikut saja. Kau tunggu, aku balas nanti dengan ‘N’, ‘adakah hidupku satu gurauan’.
Perkongsian berdurasi hampir seminit itu nyata mencuit hati ramai. Di ruangan komen, netizen tidak ketinggalan meninggalkan reaksi terhibur, malah ada yang sempat berseloroh menasihatkan Abby supaya jangan kembali jatuh cinta.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.