Pada awal bulan Ramadan, personaliti Instagram Faiz Roslan mendapat kecaman hebat Netizen kerana memuat naik video tarian sambil berpakaian seperti wanita ke akaun media sosialnya.
Perbuatan Faiz mendapat perhatian Sharnaaz Ahmad yang membidasnya kerana tidak menghormati bulan Ramadan.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Terbaru, Faiz dalam satu siaran langsung di Instagram secara terbuka mengakui dia tidak berpuasa kerana dia tidak bersembahyang lima waktu. Bagi Faiz Roslan, lebih baik dia tidak berpuasa kerana amalan puasanya tidak akan dikira kerana dia tidak bersolat.
Weyy Faiz Roslan ni masih x berubah walaupun dah masuk motif viral siap kena tegur face to face dengan Da’i Wan dengan PU Azman. Da’i Wan pun dah putus asa tegur dia ????. pic.twitter.com/UuifUDlkhr
— IZ (@theizhanzaidi) May 29, 2018
Pengakuan Fais itu kini telah ditegur oleh Azza Elite yang meminta orang ramai berhenti mengikuti perkembangan Faiz kerana ia hanya akan membuat perangainya menjadi-jadi.

Kebanyakan Netizen berang dengan sikap Faiz yang membuka aib sendiri sehinggakan ada yang meminta dia dibawa dalam van jenazah dan meminta hukuman itu disiarkan secara langsung. – beautifulnara.com