Sedihnya Abang Nara membaca kisah Azza Elite ini. Memang besar sungguh dugaan yang menimpa dirinya. Mana tidaknya, impian setiap wanita adalah untuk menjadi seorang ibu. Namun kerana kehamilan keduanya berada di luar rahim, tiub fallopio bahagian kiri rahim Azza Elite terpaksa dibuang sekaligus menyukarkan dirinya untuk hamil lagi pada Disember tahun lalu.
Malah Azza Elite turut mendedahkan yang dirinya telah mengalami keguguran sebanyak 3 kali. Keguguran pertama adalah pada 2012 selepas beberapa bulan berkahwin dengan suaminya, Azlan Zulaily dan kali kedua pada Januari 2013 selepas proses pembuangan tiup fallopio tersebut. Kali ketiga keguguran berlaku selepas disahkan hamil pada Disember 2013. Kata Azza Elite:-
Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya saya kerana doktor mengesahkan saya sukar untuk hamil kerana hanya mempunyai satu tiub fallopio sahaja. Biarpun redha dengan kejadian itu namun saya tidak pernah patah semangat kerana yakin suatu hari nanti Allah akan memberikan rezeki anak kepada saya dan suami.
Kehamilan ketiga itu adalah bukti kuasa Allah lebih daripada segalanya dan membuatkan saya bertambah yakin bahawa saya akan hamil lagi selepas ini.
Sebelum ini saya murung dengan kejadian tersebut tetapi apabila difikirkan kembali ada hikmah disebaliknya mengapa saya masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Alhamdulillah suami dan rakan-rakan banyak memberi dorongan dan saya terbuka apabila ditanya mengenai perkara ini kerana saya tahu bukan saya seorang mengalami nasib sama dan cerita saya dapat memberi inspirasi kepada wanita lain juga untuk tidak berputus asa
Semoga Azza Elite dan suami tabah dengan ujian yang amat hebat ini. Bukan calang-calang orang boleh menempuh dugaan sebegini. Hanya mereka yang terpilih sahaja diuji sebegini rupa. Abang Nara pasti ramai wanita di luar sana yang mengalami nasib serupa dengan Azza Elite. Semoga anda semua terus tabah. Insya Allah ada rezeki pasti akan dikurniakan cahaya mata. Teruskan berdoa. Sumber Mstar Online.