December 27th, 2011

Pelbagai kisah duka yang menimpa Azza Elite di dalam dunia perkahwinannya sebelum ini. Pernah dipukul oleh bekas kekasihnya dan pernah bercerai sebelum ini. Walaupun banyak dugaan yang mendatang, kalau dah sampai jodoh tak ke mana jua kan? Azza mengakui yang dia bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan seorang pramugara awal tahun depan.

gambar pernikahan azza elite

Kata Azza Elite tentang bakal suaminya itu:-

Selain wajahnya yang comel, saya terpikat dengannya kerana keterbukaan untuk menerima saya dan anak saya. Bagi saya senang sahaja. Jika bakal suami saya boleh menerima saya dan anak saya, nampaknya saya mudah selesa untuk berkawan dan bersamanya. Dia pun seorang lelaki yang sangat baik kepada saya dan tak pernah mengguris hati saya. Jadi apa salahnya saya menerimanya kerana saya pun sudah lama menjanda. Sepanjang perkenalan, nampaknya masing-masing mudah untuk sesuaikan diri dan keadaan. Malah kami selalu mencapai persefahaman dalam perbincangan bersama. Jadi InsyaAllah kami akan bernikah pada awal tahun 2012. Tarikhnya saya akan umum pada masa yang sesuai kerana terlalu awal untuk saya mengumumkannya sekarang.

Abang Nara doakan agar Azza menemui kebahagiaan yang dicari selama ini. Harap-harap sebab muka comel itu hanya sedikit sahaja daripada sebab Azza mahu berkahwin dengan pramugara ini. Biarlah muka tak comel tapi hati kena baik. Barulah rumah tangga bahagia. Tak gitu?

P.S: Abang Nara comel dan baik hati. Hahaha (ok ini serious gurau)


49 responses to “Azza Elite Bakal Nikah Pramugara Awal 2012”

  1. Slimming Master resell rights content wrap up offer…

    Remarkable issues here. I am very glad to see your post. Thanks a lot and I am looking ahead to contact you. Will you kindly drop me a e-mail?…

  2. Web Design says:

    Great blog! Is your theme custom made or did you download it from somewhere? A theme like yours with a few simple tweeks would really make my blog stand out. Please let me know where you got your theme. Kudos

Loading...