Penyanyi dan usahawan, Azza Elite memberitahu bahawa dia berasa segan untuk bertegur atau berbual dengan komposer dan penyanyi terkenal iaitu Datuk Yusry Abdul Halim sepanjang perkenalan mereka.
Menerusi satu hantaran di Threads, Azza menjelaskan Yusry merupakan seorang individu pendiam yang jarang bergambar, apatah lagi berbual.
Kalau nak borak dengan Yusry memang segan sebab dia pendiam. Nak ajak bergambar memang tak terkeluar kata.
Dalam pada itu, Azza turut berkata dia enggan berbual dengan Yusry bagi menghormati isterinya iaitu Datin Lisa Surihani.
Kalau tak ada apa nak cakap memang tak lah bercakap. Lagipun menghormati isterinya, Datin Lisa. Kita pun tak gemar orang bercakap dengan laki kita, oleh itu kita jangan suka-suka bercakap dengan suami orang.
Walaupun segan, dia tetap teruja apabila berpeluang untuk berduet dengan penyanyi itu di atas pentas.
Apa pun, terima kasih Datuk Yusry ajar saya menyanyi masa part saya. Dah la duet dengan dia.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.