Azza Bakal Nikah Ahad Ini, Tiada Majlis Pertunangan

Hiburan

Azza Bakal Nikah Ahad Ini, Tiada Majlis Pertunangan

Pelakon dan penyanyi Azza (Elite) akan berkahwin berkahwin dengan seorang pramugara AirAsia, Azlan Zulaily, pada 1 April ini tanpa bertunang kerana tidak mahukan dugaan tempoh bertunang tersebut.  Azza berkata, sama ada bertunang atau tidak, bukan isu besar, sebaliknya lebih mudah baginya dan bakal suami untuk mendirikan rumah tangga terus. Menurut laporan mStar Online, Azza memberitahu:-

Rasanya, perkara baik (berkahwin) tidak perlu dilengah-lengahkan. Dan saya rasa, kami tidak perlu melalui fasa pertunangan.

Nanti banyak pula cabarannya. Sudahlah kerja penuh dengan cabaran, sebelum kahwin pun nak ada cabaran pula. Saya tidak mahu melalui itu.

PhotobucketPhotobucket
Photobucket
Menurut Azza, dia menerima lamaran perkahwinan dari Azlan menggunakan satu perisian lukisan tablet dan mula mengenali Azlan semasa sambutan tahun baru 2011. Menurutnya jua, dia sedang melakukan persiapan perkahwinan, dan dalam masa yang sama masih bekerja.

Dan setakat sudah 70 peratus persiapan yang dilakukan. Saya bersyukur kerana mempunyai teman-teman yang membantu, terutamanya, teman baik saya bernama Sam.

Azza bakal bernikah di Masjid Bukit Antarabangsa Ahad depan selepas solat Zuhur sementara majlis resepsi akan diadakan di pasar raya Mydin, Ipoh, Perak pada tarikh yang belum ditentukan.

Pertama kali saya berkenalan dengan Azlan, saya dapat rasakan bahawa dialah lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami. Keikhlasan dan kejujurannya membuatkan saya tidak ragu-ragu untuk melangkah ke alam perkahwinan buat kali kedua.

Lebih bermakna lagi apabila kedua-dua belah pihak keluarga merestui hubungan kami.

Advertisement

Pelakon yang bergelar ibu tunggal selama enam tahun ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce (Ehsan) pada 14 Februari 2001 di Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur tetapi bercerai pada pertengahan November 2004. Mereka mempunyai seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun. Lagi 3 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Azza.


PhotobucketPhotobucketPhotobucket 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...