Alhamdulillah. Percintaan Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah akhirnya melangkah ke satu tahap yang lebih jauh. Semalam, Azwan Kombos telah pun masuk merisik kekasihnya itu di rumah Ezzaty di Bentong, Pahang. Majlis berkenaan diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Namun begitu, ikatan pertunangan hanya akan dilakukan sebelum upacara akad nikah. Azwan Kombos memaklumkan kegagalan pertunangan Ezzaty sebelum ini membuatkan wanita itu lebih berhati-hati dan memilih untuk bertunang dalam masa singkat. Kata Azwan Kombos:-
“Semalam (Isnin) saya bersama keluarga dari Sabah bertandang ke rumah Ezzaty untuk merisik dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Bagaimanapun kami hanya akan mengikat tali pertunangan sebelum upacara akad nikah nanti. Ikutkan memang hendak bertunang tetapi menghormati permintaan Ezzaty yang tidak mahu bertunang lama-lama.
Saya memberikan sebentuk cincin sebagai tanda merisik dan beberapa manisan. Majlis berjalan mengikut adat seperti ada berbalas pantun antara keluarga masing-masing. Keluarga kami juga bersetuju untuk menetapkan tarikh perkahwinan Insya-Allah sekitar bulan Disember nanti
Tahniah diucapkan kepada Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah atas berita gembira ini. Semoga segala perancangan mereka berjalan dengan lancar. Lagi beberapa gambar pasangan kekasih ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Mstar Online.