Azwan Kombos Sedia Terima Nad Zainal Kembali

Hiburan

Azwan Kombos Sedia Terima Nad Zainal Kembali

Amboi, amboi, amboi. Pantas sungguh Azwan Kombos melahirkan kesudiannya untuk menerima kembali bekas kekasih, Nad Zainal. Seperti yang anda ketahui, Nad baru-baru ini telah pun putus cinta dengan Hefny Sahad. Nampaknya Azwan Kombos masih belum mampu melupakan Nad dan sudi untuk memadu cinta sekali lagi bersama pelakon comel tersebut. Iyerlah, bercinta dekat 5 tahun dulu, takkan boleh lupa sekelip mata kan?

nad zainal azwan kombos

Advertisement

Kata Azwan Kombos:-

Sewaktu bersama saya dahulu pun hubungan kami tidak berjaya dan hubungannya dengan kekasih baharu juga tidak ke mana. Mungkin dia masih belum menemui lelaki yang benar-benar sesuai dengan dirinya.

Dia sudah ada orang lain ketika itu, jadi saya tidak mahu mengganggu hubungannya dengan orang baharu. Apa pun, saya doakan dia bahagia. Jika suatu hari nanti masih ada ruang untuk kami bersama, siapa tahu…

azwan kombos

Buat Azwan Kombos, jangan berhenti berharap. Kalau sudah tertulis memang jodoh anda dengan Nad Zainal, pasti akan berkahwin jua. Sambil-sambil tue jangan lupa mesej-mesej Nad untuk tunjuk yang anda ambil berat. Untung-untung hati Nad Zainal akan terbuka untuk menerima anda kembali. Good luck and all the best. Sumber Sinar Harian.
ezP.S: [ 25 & 26 Oktober ] #EDZians Day di EDZ Shah Alam. Hingga 60% diskaun. Lokasi: EDZ, 14A (First Floor), Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Shah Alam. Tel 03-55100025. Offer best: http://www.edz.com.my/index.php/edzians-day

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...