Azwan Ali Sahkan Banned Semua Acara Hiburan Berprestij Di Malaysia

Hiburan

Azwan Ali Sahkan Banned Semua Acara Hiburan Berprestij Di Malaysia

Azwan Ali atau mesra dengan gelaran Diva AA memang sering menjadi perhatian ramai kerana tidak pernah lekang dengan kontroversi dan pernah dilabelkan sebagai seorang yang mulut laser.

Advertisement

Baru-baru ini Azwan telah mengerjakan umrah buat kali ke 8 dan semenjak pulang ke tanah air beliau telah mengesahkan menolak jemputan untuk menghadiri mana-mana majlis hiburan berprestij setelah beberapa pengalaman tidak enak beliau bersama pihak penganjur yang hanya ingin memperalatkan beliau.

Selepas balik dari tunaikan umrah kali ke lapan, Azwan Ali tolak semua jemputan kerana tiga isu iaitu melibatkan restoran, Nabil dan kemalangan jalan raya. Kontroversi itu datang berterusan, jadi, mungkin itu signal dari Tuhan supaya saya ‘tone down’.

Azwan Ali juga banned semua acara berprestij hiburan Malaysia. Kenapa? (kerana) Azwan Ali menyedari bahawa kehadirannya di majlis-majlis itu hanya diperalatkan. Selepas itu, saya melarikan diri daripada sebarang ‘spotlight’ atau kamera dan sehinggalah hari ini (semalam), akhirnya saya muncul kembali di Sinar Harian.

Azwan juga sempat meluahkan rasa kecewa  beliau apabila dijemput hanya sebagai tetamu biasa di beberapa stesen TV sedangkan beliau sudah berada didalam industri hiburan tanah air selama 27 tahun.

Berpuluh-puluh program stesen TV, apa masalahnya sehingga saya hanya diundang sebagai tetamu. Saya tidak minta jadi pengacara. Sekurang-kurangnya saya diberi ruang sebagai penyampai anugerah ataupun segmen khas.

Sering mencetuskan kontroversi dan mengundang kritikan ramai apabila meluahkan sesuatu pendapat menerusi akaun Twitternya. Azwan sejak Julai lalu telah membuatkan keputusan untuk menutup akaun laman sosial tersebut. Buat masa ini, peminat boleh mengetahui perkembangan terbaharu Azwan menerusi akaun Instagramnya sahaja.

Pengalaman Azwan Ali dalam bidang hiburan memang sudah lama, meskipun terlibat dengan pelbagai kontroversi dan bersikap lantang dalam menyuarakan pendapatnya, agak tidak manis juga untuk kita jadikan beliau sebagai bahan lawak dan ketawa orang lain. Doakan sahaja yang baik-baik untk beliau sebab kalau kita terus hentam dia pun rasanya tiada faedahnya juga kan?

Sumber Berita: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...