Azwan Ali Propa Lebih, Lancar Produk Losyen Serai Hijau Di Majlis Penuh Rahsia

Hiburan

Azwan Ali Propa Lebih, Lancar Produk Losyen Serai Hijau Di Majlis Penuh Rahsia

majlis rahsia azwan ali

Kalau dah namanya Azwan Ali, mesti tak lari dari propaganda. Tapi bijak jugak si Azwan Ali nie buat marketing. Kononnya nak mengumumkan sesuatu yang penting di majlis penuh rahsianya semalam. Habis semua orang ingat dia nak kawin dah. Nak bersanding dengan bakal bini. Tapi rupa-rupanya cuma melancarkan produk losyen serai Hijau. Arghhh ~~ Stress kami dibuatnya. Apa kejadahnya nie?

Advertisement

Cuba baca sikit apa Azwan Ali nie tulis:-

[note]Mesej saya, itu masalah orang Malaysia yang majoritinya suka menggelabah dan panik..lainlah kalau saya berkata pada 13 Januari ini akan bernikah. Barulah, orang boleh kata saya penipu.[/note]

Panas hati tue tetap panas tapi kami tabik dengan teknik marketing Azwan Ali. Propa kena ada barulah senang nak berjaya. Kena wat cerita panas sikit baru ramai artis-artis dan wartawan-wartawan datang. Kalau diadah bagitau awal-awal dia nak lancarkan produk Serai Hijau, rasanya tak ramai yang akan datang. Sebab tue dia propa kononnya ada “persandingan” gitu bagai. Memang bijak!!!

Tahniah jugak kepada Azwan Ali sebab terpilih menjadi blogger untuk Project Alpha Musim Ke 2. Semalam Jojo Struys dan RedMummy dah pun interview Azwan Ali. Bak kata RedMummy, Azwan Ali nie memang mulut puaka. Seronok la Kak Red dan Azwan Ali dapat sembur sesama sendiri semalam. Tunggu jer nanti kemunculan si Azwan Ali ni nanti.

Lagi gambar sekitar majlis penuh rahsia Azwan Ali dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Cerita sepenuhnya boleh dibaca di Mstar. Kalau nak tengok gambar-gambar behind the scene untuk Projek Alpha Musim Ke 2, boleh baca di blog KakRed.

majlis rahsia azwan ali

majlis rahsia azwan ali

majlis rahsia azwan ali

majlis rahsia azwan ali

majlis rahsia azwan ali

majlis rahsia azwan ali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...