Ramai yang tahu sudah bertahun lamanya kemelut antara selebriti terkenal Azwan Ali dan abangnya Datuk Seri Azmin Ali berlanjutan.
Setelah sekian lama bersengketa, Azwan dengan hati yang ikhlas dan rela tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak, ingin memohon maaf dan meluahkan hasrat mahu berbaik semula dengan abangnya itu.
Azwan yang kini menetap di London sejak Februari lalu menjelaskan hasratnya untuk berdamai dengan Azmin bukan sahaja kerana mengenangkan menteri itu adalah abang kandungnya tetapi turut memikirkan didikan arwah ibu bapa mereka.
Di hari baik bulan baik ni, saya fikir kenapa tidak untuk berbaik dengan dia. Kalau dia baca artikel ini saya nak cakap, Min (Azmin) selama ni aku banyak buat buat salah dan dosa pada kau. Aku minta ampun, minta maaf kau Min.
Saya akui sebelum ini begitu keras hati. Tapi orang tak tahu apa yang dilalui antara kami adik-beradik kerana ia hal peribadi dan keluarga. Saya akui banyak berbuat dosa dengan dia. Sebagai adik, saya yang sepatutnya beralah nak memohon maaf daripadanya. Hasrat saya ini untuk berbaik dengan Azmin bukan disebabkan politik, tetapi kerana kerelaan saya sendiri.
Advertisement
Azwan dengan hati terbuka sanggup pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan Azmin jika abangnya itu sudi untuk berjumpa dengannya untuk bersalaman memohon maaf.
Kami doakan agar niat murni Azwan Ali ini akan termakbul. Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus. Mereka tetap adik beradik kandung walau apa pun yang terjadi. Semoga segalanya dipermudahkan.

jakun semelai..hihiiik
June 16, 2019 at 12:00 pm
ok
wan Mohd
June 15, 2019 at 8:45 pm
elok la tu udah udah la bergaduhnyaa… bersemburit btul
Kurta Biru
June 14, 2019 at 5:57 pm
bagus la klu dah berbaik..
yang penting berbaik dengan azmin..
bukan admin nara..
Anonymous
June 14, 2019 at 4:11 pm
kalau nk berbaik, jumpa je lah, nangislah puas2 kat abg tu, sorang tolong rakam kan ye..then viralkan..baru kami percaya..ini setakat kata “nak berbaik..nak berbaik..nak berbaik”…last2 sampai masa election..tubuhkan parti sendiri ..tapi ko kalah juge..sbb yg mgundi nyah2 je..
Anonymous
June 14, 2019 at 4:08 pm
Azwan, Azmin..kekadang aku tersasul wajah..