Azwan Ali Mahu Berbaik Semula Dengan Azmin Ali

Hiburan

Azwan Ali Mahu Berbaik Semula Dengan Azmin Ali

Ramai yang tahu sudah bertahun lamanya kemelut antara selebriti terkenal Azwan Ali dan abangnya Datuk Seri Azmin Ali berlanjutan.

Advertisement

Setelah sekian lama bersengketa, Azwan dengan hati yang ikhlas dan rela tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak, ingin memohon maaf dan meluahkan hasrat mahu berbaik semula dengan abangnya itu.

Azwan yang kini menetap di London sejak Februari lalu menjelaskan hasratnya untuk berdamai dengan Azmin bukan sahaja kerana mengenangkan menteri itu adalah abang kandungnya tetapi turut memikirkan didikan arwah ibu bapa mereka.

Di hari baik bulan baik ni, saya fikir kenapa tidak untuk berbaik dengan dia. Kalau dia baca artikel ini saya nak cakap, Min (Azmin) selama ni aku banyak buat buat salah dan dosa pada kau. Aku minta ampun, minta maaf kau Min.

Saya akui sebelum ini begitu keras hati. Tapi orang tak tahu apa yang dilalui antara kami adik-beradik kerana ia hal peribadi dan keluarga. Saya akui banyak berbuat dosa dengan dia. Sebagai adik, saya yang sepatutnya beralah nak memohon maaf daripadanya. Hasrat saya ini untuk berbaik dengan Azmin bukan disebabkan politik, tetapi kerana kerelaan saya sendiri.

Azwan dengan hati terbuka sanggup pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan Azmin jika abangnya itu sudi untuk berjumpa dengannya untuk bersalaman memohon maaf.

Kami doakan agar niat murni Azwan Ali ini akan termakbul. Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus. Mereka tetap adik beradik kandung walau apa pun yang terjadi. Semoga segalanya dipermudahkan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...