September 26th, 2009

azwan ali insaf

Patutlah senyap ajer semenjak dua si Azwan Ali laser nie. Rupanya dia pergi buat umrah dari 7 September sampai 24 September baru-baru nie. Sekarang nie dengar khabarnya dah berubah kesan daripada umrah nie. Katanya dia bukan Azwan Ali yang dulu lagi. Dah berubah. Can you believe it or not?

Sejuk hati kami dengar yang Azwan Ali doakan diampunkan dosa 10 orang musuh-musuh dia. Siap boleh tau bilangan musuh lagi nie. Rasanya Azwan Ali nie ada satu list buku yang bertajuk “Senarai Musuh Azwan Ali”. Sapa buat jahat kat dia compem masuk dalam list dan akan dibantai dalam blog dia.

Banyak jugak pengalaman menarik Azwan Ali time buat umrah nie. Ada rama-rama la terbang masa dia sembahyang. Bas boleh bergerak 140km tanpa dihidupkan enjin. Macam-macam lagi lah. Memang betullah orang kata kat tempat Nabi nie semua benda boleh berlaku.

Buat Azwan Ali, harap-harap umrah kali ini mengubah anda menjadi orang yang lebih baik daripada sebelum nie. Jangan laser-laser dan mengutuk orang lagi tau. Tak baik tau buat orang sakit hati.

Sedikit info berkaitan dengan Xpax Blackberry Curve 8520, tak lama lagi rate dan harga akan dikeluarkan oleh Xpax. Untuk yang belum pre-register, silalah pre-register terlebih dulu kat http://xpax.com.my/blackberry. Nanti boleh dapat special rate dan freebies.

Dan jangan lupa untuk undi BeautifulNara for Best Entertainment Blog dan Most Influential Blog setiap 2 jam. Kalau menang kitorang belanja makan nasik goreng daging masak merah. Lazat tue ~~~


Comments are closed.

Loading...