Azwan Ali Dibayar Oleh Astro Untuk Maki Hamun Peserta MasterChef

Hiburan

Azwan Ali Dibayar Oleh Astro Untuk Maki Hamun Peserta MasterChef

Dasyat. Siapa sangka mulut puaka Azwan Ali sebenarnya pembawa rezeki. Maki hamun, ayat-ayat pelik dan carutannya itu rupanya bukan kosong. Sebaliknya dibayar. Fuh~~ Rugi pulak Abang Nara tak belajar teknik-teknik memaki hamun daripada diva AA ini. Kalau tak confirm Abang Nara pun boleh dapat ‘job’ dari Astro jugak. Hehehe.
azwan aliSebenarnya Abang Nara tak adalah terkejut dengan pengakuan Azwan Ali yang mendapat ‘job’ dari Astro untuk memaki hamun peserta MasterChef Selebriti 2 tahun lalu. Sebenarnya bukan ‘maki hamun’, tetapi lebih kepada memberi ulasan dan kritikan secara jujur ketika menonton program tersebut. Disebabkan personaliti Diva AA memang ‘vas da kedam bas’, itu yang semua kritikannya adalah berunsurkan maki hamun. Kata Azwan Ali:-

Sudah 25 tahun saya jadi artis. Allah itu Maha Mengatur semuanya. Saya pernah naik, saya pernah jatuh. Tapi disaat saya jatuh, saya tak terduduk. Orang saja anggap yang saya terduduk. Saya tahu pada ketika itu, musuh-musuh saya semua bertepuk tangan.

Tapi hakikatnya orang tak tahu yang rezeki saya tidak pernah putus. Bila agak lama saya tidak muncul di mana-mana program TV, orang bertanya pada saya, “Kau dah lama tak keluar tv. takde job eh, kau buat apa? Memang itu soalan yang berbisa untuk saya telan.

Saya akui saya memang pernah tidak dapat apa-apa tawaran. Tapi Allah Maha Kaya. Pihak Astro pernah tawarkan saya tugas memaki hamun para peserta MasterChef Selebrti untuk musim dua tahun lepas. Untuk job itu saja, saya dibayar ribuan ringgit.

Pihak Astro siap bagi saya Astro On The Go lagi. Saya tak perlu susah-susah nak ke Astro, nak keluar TV. Saya duduk rumah jer, duit masuk. Malah program-program saya seperti Sembang Teh Tarik mendapat rating yang tinggi.

Jadi saya tak kisah, kalau orang tak suka, benci dan menyampah dengan saya, saya tak peduli semua itu

Advertisement

azwan ali

Sebenarnya karekter Azwan Ali ini adalah sangat menarik dan membuatkan orang tidak jemu. Namun adat kita selaku orang Melayu kan penuh beradab dan sopan-santun. Jadi bila Diva AA carut dan asyik keluarkan perkataan tak sopan, memang orang menyampah lah. Namun Abang Nara suka bekas pengacara Muzik-Muzik ini. Kalau Azwan muncul dalam mana-mana rancangan, mesti ‘havoc’ dan tak hambar. Sekurang-kurangnya Abang Nara bergelak ketawa juga berbanding bila artis lain yang asyik nak ‘cover’ macho dan ‘control’ cun. Tak gitu?

P.S: Nasihat agar berhati-hati dengan Courts Mammoth

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...