Azwan Ali Dedah Pernah Diugut Dengan Pisau – “Aku Gertak Dia Balik!”

Hiburan

Azwan Ali Dedah Pernah Diugut Dengan Pisau – “Aku Gertak Dia Balik!”

Pengacara sensasi, Azwan Ali tampil mengulas insiden serangan yang berlaku terhadap pelakon, Kamal Adli di sebuah ekspo di Singapura, Ahad lalu.

Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA berkata dia juga pernah diugut dan diacukan sebilah pisau oleh seorang individu tidak dikenali.

Advertisement

Namun, pengacara berusia 57 tahun itu memaklumkan insiden berkenaan berlaku ketika zaman kemuncaknya menjadi seorang pengacara dan masih mengingatinya walaupun sudah lama berlalu.

Masa itu lepas habis buat persembahan atas pentas, tiba-tiba ada individu acukan pisau.

diva aa

Saya gertak balik kau dah kenapa? Nak buat apa dengan pisau itu? Mujur tiada apa-apa kejadian buruk berlaku.

Menerusi temubual bersama Utusan, dia turut ditanya samaada insiden itu menyebabkan trauma atau takut untuk keluar bersendirian, Azwan berkata, dia sentiasa berserah pada Allah SWT.

Saya yakin Allah SWT dan malaikat sentiasa melindungi kita. Jadi, bila kita sudah meletakkan kebergantungan tinggi, tak ada apa yang perlu dirisaukan.

Terdahulu, pelakon Kamal Adli diserang dengan cota besi bertubi-tubi sehingga berlaku pendarahan di bahagian belakang kepalanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Saya Tak Kisah Nak Duduk Makan Semeja.." - Fyna Jebat Akui Dah Berbaik Dengan Madu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...