January 15th, 2020

Rasanya ramai yang sudah tahu Azwan Ali satu ketika dahulu pernah menyimpan hati pada penyanyi terkenal Ziana Zain. Ketika itu, Azwan atau kini dikenali sebagai Diva AA masih lagi seorang yang kacak, macho dan bergaya maskulin bukan seperti sekarang.

azwan ali dedah ziana zain pernah tolak cintanya

Kisah itu sudah lama berlalu tetapi buat pertama kali, secara eksklusif menerusi rancangan bersama Dj Nazz di laman YouTube Gegar, Azwan mendedahkan mengenai perasaan cintanya telah ditolak penyanyi tersebut.

Dia secara jujur bercerita mengenai kisah patah hatinya itu dan mengaku hanya bertepuk sebelah tangan. Ziana hanya menganggap dirinya sebagai rakan biasa sahaja. Pada masa yang sama, Azwan sempat berkongsi saat dia meluahkan rasa cintanya itu.

ziana zain azwan ali

Masa bawak Ziana keluar, tahu tak perasaan dia macam mana? Saya rasa macam jadi Justin Bieber masa tu. Siapa saja yang mampu pandu kereta bersama Ziana masa tu.

Saya cakap “Ziana, sebenarnya saya suka awak,” dan Ziana jawab,”Jangan nak mengada, kita kawan je, tiada nak feeling-feeling, I tak berminat.” Bayangkan maruah lelaki saya pada waktu itu.

Memang hati memberontak nak Ziana Zain, tapi orang kata Korban Cinta, dia tiada perasaan yang sama terhadap saya.

Diakhir rancangan tersebut, Azwan seolah menyifatkan Ziana telah mendapat hukum karma melihat kontroversi yang berlaku dalam hidupnya.

Dia kena dah karma dia. Kau tengok apa jadi dengan Ziana? Bangga sangat kahwin dengan mamat itu.

Memang sakit kalau cinta ditolak, adakah ini sebabnya Azwan serik untuk bercinta?

Sumber Berita : Forum CARI & YouTube Gegar


17 responses to “Azwan Ali Dedah Cintanya Pernah Ditolak Ziana Zain”

  1. diva bb says:

    facts of life konon. ko merempan kat twitter macam tak ingat dunia tu hape? menganjing kan orang bukan main nk rak lagi. sia-sia jelah ko masuk law fac perangai serupa ni.

  2. amy says:

    DJ Nazz tu pun muka terpaksa je kot interview dia. Yihh jijik lah dia ni.

  3. mm says:

    diamlah bapok tak laku!

  4. haih says:

    things happen for reason.. Dia lg tau apa yg trbaik utk ziana zain.. surely bukan ko la jd tman hidupnya.. ko sndr pun hidup aman sgt ke nk judge life org mcm tu? aduhai lah diva..

  5. Bagus jugak AA tidak bersama ZZ, perangai entah ape2

Loading...