Azrinaz Mazhar, Isteri Sultan Brunei Diceraikan Talak Satu

Hiburan

Azrinaz Mazhar, Isteri Sultan Brunei Diceraikan Talak Satu

azrinaz mazhar, isteri sultan brunei diceraikan

Kami dahulukan ucapan takziah kepada Azrinaz Mazhar kerana berita yang kami dengar bahawa beliau telah diceraikan oleh Sultan Brunei dengan talak satu. Dan segala pangkat, pingat dan jawatan kebesaran Azrinaz Mazhar juga telah dilucutkan.

Advertisement

Untuk yang tidak mengetahui, Azrinaz Mazhar merupakan bekas wartawan TV3 sebelum disunting menjadi isteri kepada Sultan Brunei. Kemungkinan besar dengan penceraian ini, Azrinaz Mazhar bakal pulang ke Malaysia. Kita tunggu dan lihat nanti.

Oh ye, buat anda yang tidak mengenali siapakah Azrinaz Mazhar, mungkin koleksi gambar Azrinaz Mazhar dapat membantu anda. Untuk makluman, perkahwinan Sultan Brunei dan Azrinaz Mazhar dikurniakan 2 cahaya mata.

Takziah kepada beliau dan semoga tabah menghadapi hidup selepas ini.

Update: Disebabkan korang semua bertekak tak tentu pasal dalam entri ini, Abang Nara akan tutup ruangan komen. Komen-komen yang tak berkaitan akan didelete selepas dicheck nanti. Terima kasih.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.