Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Azrinaz Mazhar Hakim Akui Sudah Berhijab Sejak 1 Muharram Lepas

Baru-baru ini, ada berita mengatakan Azrinaz Mazhar Hakim kini sudah berhijab sepenuhnya selepas episod percintaan beliau bersama Wak Doyok tamat.

Advertisement

Enggan terus berteka-teki dengan orang ramai, Azrinaz menerusi portal Utusan Online mengesahkan beliau sudah berhijab sepenuhnya sejak 1 Muharram lepas. Lebih bermakna lagi, niat itu mula terlintas di fikirannya ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 37 pada 23 September lalu.

Azrinaz menegaskan perubahan beliau untuk menutup aurat tidak ada kena mengena dengan kisah putus cintanya seperti yang disangka ramai.

Kebetulan ketika meraikan ulang tahun kelahiran baru-baru ini saya mula memikirkan secara serius untuk bertudung.

Tidak la­ma selepas tarikh hari lahir saya, menyusul 1 Muharam membuatkan saya nekad untuk berhijrah. Alhamdulillah, ini adalah permulaan baharu dalam kehidupan saya.

Advertisement

Tambah Azrinaz, sebelum berhijrah beliau sudah mempersiapkan diri dengan mendalami ilmu agama.

Azrinaz berharap penghijrahan ini akan memberikan sinar baharu dalam kehidupannya dan meminta orang ramai untuk mendoakan beliau terus istiqamah.

Seperti orang lain, saya juga mahu menjadi individu yang lebih baik berbanding sebelum ini. Saya sentiasa percaya setiap orang harus berusaha untuk menjadi lebih baik dan keputusan berhijrah ini adalah titik permulaan buat saya. Doakan saya supaya terus istiqamah dalam melalui kehidupan.

Alhamdullillah pintu hati Azrinaz sudah terbuka untuk menjadi seorang wanita Muslim yang lebih baik. Harapnya beliau diberikan kekuatan untuk terus berubah.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama