Pelakon Azrel Ismail dan Ruhainies pada satu ketika memang sangat rapat, namun kedua-duanya tidak pernah mengakui mereka sedang hangat bercinta dan lebih selesa melabelkan hubungan mereka sebagai teman tapi mesra.
Selepas Ruhainies memuat naik video dilamar kekasihnya di Itali, Azrel akhirnya memberitahu mereka pernah bercinta dan terkilan hubungan mereka putus di tengah jalan.
Mungkin saya tidak kaya seperti bakal suaminya dan saya tidak kecewa, cuma sedikit terkilan apabila hubungan kami berakhir. Saya memang selesa ketika berkawan rapat dengannya sejak kami berlakon sama dalam drama Menantu Ting Tong, dua tahun lalu. Namun, saya melihat ada yang tidak kena dalam hubungan kami dan terpaksa akur kami tiada jodoh.
Walaubagaimanapun, Azrel tetap mendoakan kebahagiaan Ruhainies dan bakal suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan. Malah, aktor itu juga tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya diberikan tawaran untuk berlakon dengan bekas kekasihnya itu.