Pelakon Azrel Ismail kini menerima tempias kritikan netizen di Twitter kerana dianggap menghina Orang Asli. Semuanya kerana tidak menulis dengan berhati-hati ketika berdepan kritikan dari seorang pengguna Twitter mengenai mutu lakonannya.
Pengguna Twitter yang menggunakan handle @nak_kena mendakwa, hasil pengamatannya, Azrel punya rupa namun belum cukup mempelajari lakonan dan tidak serius dalam filem Pulang di samping Remy Ishak yang merupakan pelakon utama filem itu.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Azrel kemudiannya menulis satu tweet sebagai respon kepada kritikan itu.
Azrel kemudiannya memadam tweet itu apabila dia mula menerima reaksi negatif Netizen kerana dianggap menghina kaum asal tersebut.
Azrel juga dikatakan menyekat mana-mana pengguna Twitter yang mengkritiknya mengenai tweet tersebut.
Buat masa ini Azrel belum memberikan kenyataan lanjut mengenai tweet tersebut. – beautifulnara.com
Sumber: @pedoqpop