Disaat Ruhainies terlibat dengan kontroversi panas bersama Dato Red, tiba-tiba sahaja nama Azrel Ismail menjadi sebutan dan dikatakan mempunyai hubungan istimewa bersama Ruhainies.
Tidak dinafikan mereka berdua agak rapat dan mesra bersama. Ia menjadi persoalan dikalangan peminat, sejauh manakah hubungan mereka berdua?
Namun, menurut Azrel, beliau dan Ruhainies bukanlah pasangan kekasih seperti yang diperkatakan. Mereka berdua cuma sahabat baik.
Mungkin disebabkan jantina kami yang berlawanan membuatkan timbul spekulasi mengatakan wujud perasaan cinta antara satu sama lain. Hakikatnya, saya dan Ruhainies masih di tahap berkawan, bukannya bercinta.
Walaubagaimanapun, Azrel mengakui sifat manja Ruhainies membuatkan beliau tertarik untuk mengenali Ruhainies dengan lebih rapat lagi.
Azrel juga tidak menolak sekiranya mereka ditakdirkan untuk bercinta satu hari nanti.
Saya selesa berdampingan dengannya dan berkongsi masalah. Walaupun sekadar menjadi pendengar setia, saya berasa lega apabila dapat meluahkan kepadanya.
Dia memang istimewa tetapi Ruhainies bukanlah kekasih saya. Bagaimanapun tidak menolak suatu hari nanti untuk bercinta dengannya kerana saya pun sudah mengenali keluarganya.
Kata orang hubungan cinta itu bermula daripada persahabatan yang terjalin. Kalau dah serasi bersama tidak salah untuk cuba ke fasa yang lebih serius. Dua pelakon baharu sedang hangat bercinta, emm pasti kisah mereka akan mendapat perhatian ramai bukan?