Aznil Nawawi Pernah Ditegur Imam Besar Masjid Negara – “Terpesong Akidah, Bawa Ke Neraka Jahanam”

Hiburan

Aznil Nawawi  Pernah Ditegur Imam Besar Masjid Negara – “Terpesong Akidah, Bawa Ke Neraka Jahanam”

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil, baru-baru ini berkongsi pengalaman pernah ditegur Imam Besar Masjid Negara berhubung program hiburan yang dikendalikannya suatu ketika dahulu.

Menerusi podcast bersama pengacara Aidid Marcelo, Pak Nil mendedahkan bahawa teguran itu dibuat secara terbuka dalam khutbah Jumaat di Masjid Negara dan disiarkan secara langsung ke seluruh Malaysia menerusi RTM.

Advertisement

Remaja kita telah dipesongkan dengan program-program hiburan tempatan yang terkinja-kinja, layak dilihat sebagai program yang membawa anak-anak muda terpesong dari segi akidah dan membawa ke neraka jahanam.

Menurut Aznil, ketika itu dia berada di pejabat dan tidak menunaikan solat Jumaat. Namun tidak lama kemudian, dia menerima banyak panggilan telefon daripada kenalannya.

Saya pun angkat panggilan. Saya menyamar dan beritahu Aznil pergi solat Jumaat. Kemudian orang tu cakap ‘Oh Islam, beritahu dia nama program kau dah naik dalam khutbah Jumaat. Memang puas hati aku, dah lama aku nak cakap pasal benda ni.

Walaupun kritikan itu agak keras, Pak Nil berkata bapanya, Haji Nawawi, melihat teguran tersebut dari sudut positif.

Ayah saya cakap saya untung sebab yang tegur tu Imam Besar Masjid Negara. Orang nombor satu yang tegur.

Mengimbas kembali, Aznil berkata dia pernah menerima kritikan sewaktu mengendalikan program Pop Kuiz di TV3 hanya kerana imej dan penampilannya ketika itu. Namun, teguran tersebut akhirnya membuatkan dirinya lebih sedar dan terbuka untuk meminta maaf.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-09-29 18:48:27

Mierul Aiman Berpelukan Dengan Emma Maembong Buat Peminat Kecam - "Tak Ingat Dosa Pahala Ke?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...