Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi memberitahu bahawa dia menghormati pendirian dan hak segelintir individu yang menolak diri dari divaksinasi atau golongan prosafe.
Aznil atau lebih mesra dengan gelaran Pak Nil berkata yang ianya merupakan hak masing-masing, lagipun prosedur vaksinasi tidak diwajibkan kerajaan.
Sejak awal kerajaan tidak memaksa tetapi apabila keluar teori salah bertentangan sains atau propaganda daripada segelintir golongan ini, itu yang tidak seronoknya.
Tambah Pak Nil, adalah lebih baik jika golongan antivaksin ini tidak terlalu lantang bersuara di laman sosial kerana dia melihat ramai yang tegar bersuara menggunakan platform tersebut zaman ini.
Pengacara, pelakon, penyanyi, pengarah dan bekas penyampai radio itu sempat juga mengulas tentang kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang nemberitahu akan terus menyusahkan urusan golongan tersebut.
Ujar Pak Nil, kenyataan Khairy itu merujuk kepada individu yang mengeluarkan teori salah untuk takut-takutkan orang ramai dan bukan kerana ingin menekan golongan antivaksin.
Kita sudah bergelut melalui era Covid-19 ini. Cukup-cukuplah derita ini.
Menurut pemenang 10 kali kategori Pengacara TV Lelaki Popular sejak 2003 hingga 2010 itu, kita perlu hormat pendirian mereka ini tetapi pada masa yang sama, mereka juga perlu hormat individu yang memilih untuk divaksinasi.
Dalam pada itu, Pak Nil juga berkata yang orang ramai sekarang ini sepatutnya tidak perlu untuk menambah pertelagahan prinsip sama ada mahu divaksinasi atau sebaliknya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.