Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin Dipecat Dari PKR Berkuat Kuasa Serta-merta

Trending

Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin Dipecat Dari PKR Berkuat Kuasa Serta-merta

Bulan kedua tahun 2020 dikejutkan dengan berita pergolakan politik negara.

Kemelut politik tanah air hari ini menyaksikan satu perkembangan baharu apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dipecat sebagai anggota parti berkuat kuasa serta-merta.

Advertisement

azmin ali zuraida dipecat pkr

Keputusan itu dimaklumkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media di ibu pejabat PKR dimana beliau menyifatkan tindakan Azmin dan Zuraida sebagai pengkhianatan terbuka yang mampu menjejaskan kestabilan serta harmoni di dalam Pakatan Harapan.

Telah berlaku satu pengkhianatan terbuka oleh berapa watak yang menjadi dalang utama yang jelas bertentangan dengan pendirian parti dalam perkara kedudukan Perdana Menteri.

azmin ali zuraida dipecat

Akibat pengkhianatan terbuka ia menyebabkan keadaan yang boleh menjejaskan kerajaan PH. Jadi ianya membawa kesan kepada ekonomi dan politik. Kita lihat (kejatuhan) ringgit, Bursa Saham dan sebagainya. MPP (Majlis Pimpinan Pusat) mengambil ketetapan Azmin dan Zuraida dengan ini dipecat berkuatkuasa serta merta.

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengesahkan terdapat percubaan pengkhianatan terhadap kerajaan Pakatan Harapan. Percubaan itu membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan segelintir pihak dari parti PKR.
Sumber Berita : Harian Metro

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...