Azmin Ali Beri Respon Berhubung Status Yang Dimuat Naik Oleh Ismail Sabri

Trending

Azmin Ali Beri Respon Berhubung Status Yang Dimuat Naik Oleh Ismail Sabri

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta agar semua pihak tidak membuat atau menimbulkan sebarang spekulasi berhubung hantaran status yang dimuat naik oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob di Facebook, semalam.

“Saya dah tutup pintu depan tapi…” – Ismail Sabri 

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Azmin berkata semua jemaah menteri sentiasa memberi kerjasama dan sokongan demi membendung penularan wabak Covid-19.

Advertisement

“Siapa yang buat spekulasi ? Jangan buat spekulasi. Datuk Seri Ismail Sabri antara ahli jemaaah menteri yang diberi peranan penting dalam menguruskan Covid-19 di Malaysia.”

“Kita ada dua jurucakap iaitu Ismail Sabri untuk isu keselamatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah untuk isu kesihatan”

Demikian yang dimaklumkan olehnya ketika Taklimat Media Mengenai Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

Beliau memberi respon berkenaan kerana terdapat pelbagai reaksi dan mentafsir ianya ada kaitan dengan kebenaran operasi yang diberikan kepada sebahagian besar perkhidmatan perlu walaupun Malaysia dalam pelaksanaan ‘total lockdown’.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri ada memuat naik status di Facebook yang mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...