Azmeer Yusof Bayarkan Kompaun Lelaki Ziarah Kubur

Trending

Azmeer Yusof Bayarkan Kompaun Lelaki Ziarah Kubur

Semalam tersebar berita dan gambar menunjukkan seorang lelaki bersama 2 kanak-kanak telah dikompaun RM2,000 kerana melakukan aktiviti ziarah kubur sempena Aidiladha di Felda Palong 12,13 Jempol, Negeri Sembilan.

Nasib yang menimpa mereka bertiga bagaimanapun mendapat perhatian bekas pemain Kedah, Azmeer Yusof yang menawarkan diri untuk bantu membayar jumlah kompaun terbabit.

Advertisement

This image has an empty alt attribute; its file name is ohmedia-kompaun-346x600.jpeg

Azmeer yang meminta pertolongan orang ramai akhirnya berjaya menghubungi lelaki terbabit dan memaklumkan lelaki berusia 21 tahun itu telah dalam perjalanan ke Pejabat Kesihatan untuk menyelesaikan bayaran kompaun.

“Alhamdulillah saya dah contact dengan abang yang kena saman tu. Sekarang ni abang tu dalam perjalanan ke Pejabat Kesihatan. InsyaAllah sebentar lagi selesai segalanya. Terima kasih kepada semua yang tolong cari abang tu dan mendoakan. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT”. – Tulisnya.

Dalam pada itu, abang kepada lelaki 21 tahun yang dikenali sebagai Syafiz berkata adiknya menziarahi kubur arwah ayah mereka dan membawa 2 anak buah untuk ziarah pula kubur emak mereka.

“Kesian adik den sorang nie kono kompaun. Ziarah kubur arwah ayah ehh yang dio sendiri tak sempat nak jumpo, pastu bawak pulak anak buah ehh ziarah kubur arwah omak ehh. Rumah dekat je, bukan rentas daerah pun, sejengkal yo umah ehh dari kubur, haihh apo pun tunggu keputusan KKM untuk kompaun, Alhamdulillah ramai yang nak tolong”. – Jelasnya.

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-2021-07-21-at-7.45.30-PM.png

Kami pasti jumlah kompaun RM2,000 itu adalah jumlah yang telah ditetapkan oleh pasukan khas pematuhan SOP. Bagaimanapun, masih tiada lagi maklumat yang mengatakan jumlah kompaun terbabit telah dikurangkan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...