Azlan Komeng Nafi Isu Poligami Hanya Konten, Nur Nilam Harap Belas Kasihan – “Jangan Ambil Suami Saya..”

Trending

Azlan Komeng Nafi Isu Poligami Hanya Konten, Nur Nilam Harap Belas Kasihan – “Jangan Ambil Suami Saya..”

Pelakon, Azlan Komeng dan isterinya iaitu Nur Nilam Ortiz tampil memberi respons terhadap isu poligami yang melanda rumah tangga mereka ketika ini.

Dalam sesi temu bual bersama Melodi, Azlan atau nama penuhnya Muhammad Azlan Kamira memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan wanita tersebut. Namun, dengan tegas dia menafikan dakwaan bahawa kontroversi ini sengaja dicipta demi meraih perhatian orang ramai.

Advertisement

 azlan komeng

Saya tak boleh nak kongsi secara terperinci sebab saya perlu jaga hati isteri dan bakal isteri saya. Tapi ini bukanlah konten.

 

Sebelum ini saya pernah berpoligami dan ini bukan kali pertama, cuma perjalanan setiap hubungan rumah tangga itu berbeza.

 

Bukan tak serik berpoligami, ada alasan yang kuat untuk berpoligami dan pasti tidak akan sama jalan yang lalui. Jika sampai pada waktunya, insya-Allah saya akan jelaskan.

Akan bincang dengan isteri

Pelakon itu turut menyatakan bahawa dia akan berbincang terlebih dahulu dengan isterinya mengenai perkara tersebut dan bersedia menerima apa jua syarat yang ditetapkan olehnya.

nilam ortiz dan azlan komeng

Pastinya saya akan berbincang dengan Nilam sebab keutamaan saya ketika ini adalah dia. Saya faham hati perempuan dan akan ada penentangan jadi kami akan berbincang. Kalau ada syarat daripada dia, saya dengan senang hati akan mendengar.

 

Kalau mampu, saya akan turutkan. Kalau tidak, saya harus fikir. Saya tetap bersyukur dia tidak meninggalkan saya.

 

Ada juga yang menggalakkan kami untuk berpisah, sebenarnya itu lebih teruk daripada poligami.

Dalam pada itu, pelakon itu turut meminta orang ramai untuk tidak mudah menghakimi dirinya dan menegaskan bahawa dia amat menyayangi dan menghargai isterinya.

nilam ortiz dan azlan komeng

Pernah ada hubungan

Sementara itu, Nilam pula memberitahu bahawa wanita tersebut adalah individu yang pernah menjalinkan hubungan istimewa bersama Azlan suatu ketika dahulu.

Yang nak berkahwin dengan Azlan adalah bekas skandal dia dulu. Isu dulu timbul kembali.

 

Saya beritahu di TikTok sebab penat diganggu. Apabila diajak untuk berjumpa, rupanya nak berkahwin.

Nilam turut mengakui bahawa dia sukar untuk menerima perkara tersebut sehingga memberi kesan terhadap dirinya.

nilam ortiz

Orang nampak baik semuanya tapi sebenarnya saya tak boleh tidur, tak boleh makan. Saya kerap tanya dia, betul ke perkara ini?

 

Saya tak boleh nak buat apa-apa, semua keputusan adalah ditangan dia tapi berpisah bukanlah jalan yang baik.

Harap belas kasihan

nilam ortiz dan azlan komeng

Meskipun reda dengan apa yang bakal berlaku, Nilam tetap berharap agar suaminya tidak meneruskan niat untuk mengahwini wanita tersebut.

Dalam keadaan sekarang ini, saya reda. Saya cuma berharap belas kasihan seorang suami.

 

Mungkin orang tanya kenapa saya masih bertahan, dia seorang suami yang baik. Dia sangat menjaga saya dan saya taknak hilang suami.

Kalau dia ada belas kasihan kepada saya, terutama di bulan Ramadan ini, hari-hari saya berdoa supaya perempuan itu lembut hati jangan ambil suami saya. Saya dah tak ada sesiapa, saya ada suami saya sahaja. Tolonglah saya merayu.

Sebelum ini, Nilam memberi bayangan bahawa suaminya bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang didakwa bakal madunya.

Dia turut memberitahu dia sudah berjumpa dengan wanita tersebut dan diminta untuk meminangnya pada bulan Ramadan.

nur nilam dah jumpa madu, bagi green light kahwin lagi
3 days ago

“Dia Bertegas Nak Kahwin Dengan Azlan..” - Nur Nilam Beri ‘Green Light’ Suami Berkahwin Dua, Dah Jumpa Bakal Madu Minggu Lalu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Melodi TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...