Azlan Komeng Jelaskan Keputusan Kahwin Dua Atas Persetujuan Bersama, Mohon Henti Apikan Isteri Untuk Bercerai – “Saya Tak Rasa Saya Buat Salah..”

Hiburan

Azlan Komeng Jelaskan Keputusan Kahwin Dua Atas Persetujuan Bersama, Mohon Henti Apikan Isteri Untuk Bercerai – “Saya Tak Rasa Saya Buat Salah..”

Pelakon, Azlan Komeng tampil menjelaskan dia tidak bersalah dengan keputusannya untuk berkahwin dua dan memohon agar orang ramai berhenti melemparkan komen negatif terhadap rumah tangganya.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikToknya, Azlan atau nama lengkapnya Muhammad Azlan Kamiran telah menegur sikap segelintir pihak yang meninggalkan nasihat agar isterinya, Nur Nilam Ortiz memfailkan penceraian terhadapnya.

Advertisement

nilam ortiz dan azlan komeng

Menurutnya, keputusan untuk berkahwin dua ini telah diberikan keizinan oleh isteri pertamanya.

Soal saya nak berkahwin lagi, saya dah berbincang dengan isteri saya. Saya dah menjelaskan perkara itu (berkahwin dua) dan alhamdulillah isteri saya tidak menghadapi masalah dalam isu ini.

 

Jadi kepada kawan-kawan ataupun orang-orang yang melihat di luar, tak perlulah sampai nak mengapi-apikan isteri saya untuk kami berpisah.

 

Saya tak rasa saya buat perkara yang salah dan alhamdulillah saya masih ambil berat tentang apa yang Nilam suarakan.

Dalam pada itu, pelakon itu memohon doa orang ramai agar segala urusannya dipermudahkan.

@azlankomeng_official Sekadar perkongsian… yang tak suka jangan dengar… 🤗 #mywife #husbandwife #bidadariku #nilambidadariku ♬ original sound – AzlanKomeng

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar pelakon itu menghargai jasa isteri pertamanya dan dapat menjadi seorang suami yang adil terhadap isteri-isterinya.

komen tiktok

komen tiktok

komen tiktok

azlan komeng nafi isu poligami hanya konten, nilam harap belas kasihan
3 days ago

Azlan Komeng Nafi Isu Poligami Hanya Konten, Nur Nilam Harap Belas Kasihan - “Jangan Ambil Suami Saya..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...