Azizulhasni Awang Mohon Beri Ruang Berbincang Dengan Keluarga Keputusan Bersara – “Anak Sedang Membesar, Sentiasa Tanya Saya”

Trending

Azizulhasni Awang Mohon Beri Ruang Berbincang Dengan Keluarga Keputusan Bersara – “Anak Sedang Membesar, Sentiasa Tanya Saya”

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berkata beliau menerima banyak permintaan agar meneruskan karier dalam sukan tersebut terutamanya rakan sepasukan, Shah Firdaus dan ketua jurulatih, John Beasley.

Beliau bagaimanapun memohon agar diberikan untuk berbincang bersama ahli keluarga untuk pertimbang semula keputusannya untuk bersara.

Advertisement

Shah, John dan pasukan saya memang berharap kalau boleh mempertimbangkan semula sehingga ke Los Angeles 2028. Tapi bagi saya, saya perlukan masa untuk duduk bersama keluarga, kosongkan fikiran saya daripada apa yang berlaku.

azizulhasni awang

Tambah Azizulhasni, dia akan terus aktif bersukan meskipun sudah bersara dan akan pertimbangkan sekiranya bantuannya diperlukan di masa akan datang.

 

Akan sentiasa bantu jika diperlukan

Katanya lagi, apa yang berlaku kali ini adalah di luar kebiasaan dalam kariernya tetapi akan terus aktif dengan sukan terutama berbasikal.

Kalau mereka perlukan bantuan saya, kalau Shah perlukan rakan sepelatih, bantu dia atau ada pelumba muda mahukan rakan sepelatih, saya boleh pertimbangkan.

azizulhasni dan jurulatih

azizulhasni olimpik paris1

Dalam pada itu, Azizulhasni turut berkata dia pernah diminta berhenti oleh keluarga selepas mempunyai masalah jantung namun memohon agar dibenarkan untuk ke Olimpik yang terakhir.

Saya berjanji bagi saya satu lagi Olimpik. Olimpik terakhir. Itu saya janji pada keluarga, ibu saya, isteri, anak..hanya mahu lakukan untuk negara, saya terkilan tetapi masih perlukan masa.

 

Lebih utamakan sukan daripada keluarga

Kali ini, sangat mencabar. Bukan sahaja fizikal, latihan keras saya sudah biasa tetapi mental, saya ada keluarga, anak yang sedang membesar dan sentiasa bertanya kepada saya.

Saya tak dapat buat apa-apa, saya memang tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan itu. Kalau kita sebagai atlet ini, kita makan, tidur kita, kita hidup untuk sukan, untuk negara. Bahkan saya sendiri pun, saya letakkan keluarga saya nombor dua… apa-apa memang sukan dulu, saya cuti pun saya masih lagi berlatih. Saya fikir untuk Olimpik.

azizulhasni awang olimpik

azizulhasni awang bersara
4 months ago

"Sudah Tiba Masanya Saya Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Lumba Basikal Profesional" - Azizulhasni Awang Umum Bersara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...