Azizulhasni Awang Guna Basikal RM13 Juta Untuk Memburu Pingat Emas Di Sukan Olimpik Tokyo

Trending

Azizulhasni Awang Guna Basikal RM13 Juta Untuk Memburu Pingat Emas Di Sukan Olimpik Tokyo

Menerusi projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) antara Institut Sukan Negara (ISN) dan TOTALSIM Ltd. dari United Kingdom, telah menghasilkan basikal ‘istimewa’ bernilai RM13 juta. Syarikat tersebut mempunyai kepakaran yang mendalam dalam kejuruteraan aerodinamik.

Basikal tersebut direka mengikut kesesuaian dan keperluan tiga pelumba trek negara iaitu Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Zonis.

Komponen utama basikal tersebut diperbuat daripada bahan karbon fiber yang lebih keras tetapi tetap ringan.  Reka bentuk teknologi aerodinamik yang terkini digunakan untuk memastikan kawalan rintangan angin yang lebih rendah.

Advertisement

majlis pelancaran WX-R Vorteq

Ketiga-tiga pelumba ini akan menggunakan basikal ini dalam usaha merealisasikan impian negara untuk merangkul pingat emas pertama di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 24 Julai hingga 9 Ogos tahun ini.

Ahmad Faedzal Md Ramli selaku Ketua Pegawai Eksekutif ISN berkata melalui Program Podium, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang proaktif dengan menggunakan teknologi terkini dalam sukan perlumbaan trek untuk mencapai hasrat di Sukan Olimpik berkenaan.

Sejak tiga tahun bekerja bersama-sama dengan pakar dari United Kingdom, banyak perkara kami belajar melalui projek ini seperti mengubah kedudukan latihan atlet bagi menghasilkan kuasa dalam kelajuan untuk kuasa output yang sama. Kami berusaha mencari kaedah di mana kami mampu mencari pengurangan seretan udara dan ini adalah keseluruhan projek ini. 

Azizulhasni Awang

Jos Beasley, jurulatih berbasikal trek negara pula berkata basikal khas tersebut telah digunakan oleh Azizulhasni di Kejohanan Dunia di Berlin dengan berjaya mengutip dua pingat gangsa dalam acara keirin dan pecut.

Ketiga-tiga pelumba itu telah melakukan catatan peribadi terbaik. Bukan sahaja basikal tetapi pelumba juga perlu berada dalam keadaan baik

Peralatan yang bakal digunakan untuk Sukan Olimpik perlu berada di pasaran menurut syarat Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI). Model basikal tersebut juga telah menarik perhatian atlet pelumba dari Lithuania dan Greece. Model basikal WX-R Vorteq sudah berada di pasaran bermula 1 Januari lepas dengan harga bermula RM300,00 untuk seunit.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...