Azizul Raheem – “Pukul Bukan Untuk Menyakitkan, Rotan Hanya Cenderamata”

Trending

Azizul Raheem – “Pukul Bukan Untuk Menyakitkan, Rotan Hanya Cenderamata”

Bapa warga Malaysia yang dibicarakan di Stockholm, Sweden bersama isterinya kerana dikatakan memukul anak-anak mereka, memberitahu yang dia memukul bukannya untuk menimbulkan kesakitan, sebaliknya mendisiplinkan mereka.

Azizul Raheem Awalluddin berkata dia memukul anak-anaknya sebanyak dua hingga tiga kali setahun semasa keluarganya masih tinggal di Malaysia dan Afrika.

Azizul yang merupakan Pengarah Pelancongan Malaysia di situ, ialah yang pertama dari pasangan itu yang memberi keterangan pada hari ketujuh perbicaraan mereka di mahkamah daerah Solna.

Advertisement

Azizul dan isterinya Shalwati Nurshal ditahan pada 18 Disember tahun lepas, setelah anak kedua mereka Ammar memberitahu staf di sekolahnya yang dia telah dipukul. Staf sekolah kemudiannya melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa Sweden.

Memakai jaket hitam dan tali leher keemasan, dengan berhati-hati menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pendakwaraya Anna Arnell dalam bahasa Sweden, yang kemudiannya diterjemah kepada bahasa Inggeris oleh seorang penterjemah mahkamah.

Azizul beberapa kali mendakwa tidak ingat dengan spesifik tentang kejadian pukul, yang menyebabkan dia terus diasak soalan oleh pihak pendakwaraya mengenai sama ada kejadian pukul telah berlaku walaupun Azizul telah lupa.

Azizul mengakui ia mungkin telah berlaku, bagaimanapun dia tidak ingat setelah masa berlalu.

Apabila Anna bertanya sama ada dia seorang bapa yang tegas, Azizul menjawab yang dia telah menjadi kurang tegas setelah anak lelaki keduanya, Adam, dibuang dari tadika di Afrika kerana masalah ketidakupayaan belajar. Azizul mengesat airmata dan berkata:

Setelah itu (peristiwa anaknya dibuang tadika) saya tidak lagi bertegas. Saya tersentuh dan hantar Adam ke sekolah untuk kanak-kanak kurang upaya.

Mahkamah memberikan masa rehat 15 minit untuk membolehkan Azizul bertenang.

Ketika ditanya mengapa dia membeli rotan, Azizul memberitahu ia sebagai cenderamata sewaktu pulang ke Malaysia pada tahun 2008.

Apabila anda berada di negara asing, anda cuba untuk membuat anak anda kenal budaya Malaysia.

Saya menerangkan yang rotan digunakan oleh guru untuk mendisiplinkan kanak-kanak, supaya mereka tidak terkena kejutan budaya bila kembali ke Malaysia.

Anna bertanya kepada Azizul sekiranya dia pernah dipukul dengan rotan sewaktu kecil, dan Azizul mendakwa hanya pernah dirotan gurunya dan ia menyakitkan.

Ketika ditanya ‘mengapa ia menyakitkan’, Azizul kelihatan keliru sebelum secara main-main, meminta pendakwaraya mencuba rotan diri sendiri.

Perbicaraan akan bersambung.

Laporan asal; The Star Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...