Selepas Amir Raja Lawak, kini giliran pelakon Azizul Ammar pula yang tampil mendedahkan bahawa dia masih belum menerima baki bayaran sebanyak RM9,000 daripada sebuah stesen televisyen.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Ammar enggan berdiam diri memandangkan dia sudah temui jalan buntu dan kehabisan akal untuk menuntut baki bayaran tersebut.
Saya pun masih ada bayaran tertunggak daripada stesen TV tu. Bila nak selesaikan ya? Mesej pemilik stesen langsung tak balas.
Saya jenis tak nak klasifikasi manusia ini jatuh kategori apa, tapi korang baca keadaan sekeliling. Entah bila nak selesaikan, hak pekerja pun mereka culas.
Pelakon itu turut berkongsi paparan skrim mesej yang dihantar kepada pemilik stesen TV tersebut.

Dalam pada itu, dia turut mendakwa ada selebriti yang sebelum ini mengangungkan stesen tersebut namun akhirnya menimpa nasib yang sama.
Kenapa orang kaya terus kaya? Sebab mereka pentingkan diri sendiri. Aniaya orang, pijak orang dan banyak kabel legal yang hebat.
Sebelum ini, kecoh di media sosial selepas Amir Raja Lawak menuntut baki bayaran sebanyak RM18,000 daripada sebuah stesen TV. Malah, pelawak itu juga merayu untuk mendapatkan semula wangnya kerana bapanya menghidap kanser usus.