Sekitar minggu lepas, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita dimana ada pihak mengatakan pakar motivasi Azizan Osman telah memalsukan ijazah kedoktoran beliau.
Malah, isu itu cukup hangat dan mendapat liputan luas media selepas pihak Universiti Malaya dalam satu kenyataan menafikan pernah memberi sebarang ijazah kepada Azizan.
Lama berdiam diri meskipun isu berkenaan sudah menjadi viral, semalam Azizan menerusi syarikatnya Richworks telah mengeluarkan kenyataan menjelaskan isu sebenar disebalik kontroversi hangat ini.
Menurut Azizan, beliau telah diperdaya oleh pihak tertentu yang tidak mewakili UM. Pihak Azizan juga telah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.
Berkenaan dengan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya, kami telah dimaklumkan bahawa Dr. Azizan Osman telah malangnya disasarkan dan diperdayakan oleh pihak-pihak yang bukan wakil universiti tersebut. Kami telah pun membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat.
Namun, pihak Azizan menegaskan pakar motivasi itu masih memiliki ijazah kedoktoran dalam sains metafizik dari Gordon University di Florida, Amerika Syarikat sejak 2009. Malah, Azizan kini sedang dalam roses untuk mendapatkan satu lagi ijazah kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Hertfordshire, United Kingdom.
Kita nantikan sahaja perkembangan lanjut mengenai dakwaan Azizan Osman yang beliau telah diperdaya. Jika tidak bersalah, teruskan memperjuangkan kebenaran.