November 26th, 2012

Siapa sangka sebenarnya sudah masuk bulan kesembilan Datuk Aziz Sattar, 87 tahun bercerai dengan isterinya, Hashimah Delan. Terkejut Abang Nara membaca berita penceraian ini di BiPop semalam. Pak Aziz telah menceraikan isterinya pada 3 Mac lalu kira-kira jam 6.30 petang.

aziz sattar cerai

Menurut Pak Aziz, ketika lafaz cerai dilakukan, emosinya sedang terganggu. Katanya:-

Pada masa itu, fikiran dan perasaan saya tidak tenang kerana berlaku perselisihan faham yang kecil antara kami. Lagipun pada masa itu saya penat dan baru pulang dari Kuantan, Pahang pada sebelah tengah hari. Apabila berlaku perselisihan faham, tiba tiba terkeluar lafaz “I cerai you talak satu”.

aziz sattar cerai

Selepas lafaz cerai dilakukan, Pak Aziz ingin segera rujuk kembali dengan isterinya. Sayangnya oleh kerana terlalu sibuk dengan penggambaran drama dan dimasukkan ke Hospital Ampang, perkara tersebut telah tertangguh. Apa pun, Pak Aziz kini telah beransur sihat dan sedang dalam usaha untuk memujuk isterinya agar rujuk kembali.

aziz sattar cerai
Semoga usaha memujuk oleh Datuk Aziz Sattar akan berhasil secepat mungkin. Bukan senang untuk memujuk seorang perempuan, namun kalau kena caranya, pasti niat murni ini akan tercapai jua. Sama-samalah kita doakan.


48 responses to “Aziz Sattar Akui Bercerai, Mahu Rujuk Semula”

  1. Akus says:

    pd pndpt aku,septtnye mkn dh brusia mkin kuat thp kesbrnnyer..syaitan memng selalu mengoda supy mnusia lalai..sbb tu bile dtg mrh je kena cept2 isyhtifar bnyk2 pstu ambil wuduk..apepun moga dpt rujuk semula..

  2. p. ramlee says:

    bekas wife dia nak bersama tapi aziz satar tak leh naik… :P

  3. dia says:

    semoga d permudahkan segala2 urusan pak aziz & isteri.

  4. Siti says:

    Lama betul ambik masa nak pujuk. Dah kering air mata bekas isteri.

Loading...