Aziz M. Osman Akui Tak Kisah Ada Syarat Pilih Pelakon Ikut Jumlah ‘Followers’ Di Media Sosial

Hiburan

Aziz M. Osman Akui Tak Kisah Ada Syarat Pilih Pelakon Ikut Jumlah ‘Followers’ Di Media Sosial

Pelakon serta pengarah hebat, Aziz M. Osman mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah apabila pihak stesen televisyen meletakkan syarat untuk mengambil pelakon berdasarkan jumlah pengikut di media sosial.

Fauziah Latiff
3 years ago

Fauziah Latiff Percaya Bakat Lagi Menarik Dari Jumlah Pengikut 1 Juta Di IG

Advertisement

Memaklumkan hal tersebut dalam program Begitu Begini DJ Nazz, beliau berkata untuk mendapatkan jutaan jumlah pengikut di media sosial bukan sesuatu yang mudah, mereka perlu mempunyai sesuatu daya tarikan tersendiri.

Tambahnya lagi, pengarah-pengarah lain perlu memanfaatkan peluang tersebut bagi membentuk para selebriti media sosial ini menjadi bintang satu hari nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aziz M.Osman (@azizmosman)

Dalam pada itu, Aziz berkata ia telahpun terbukti apabila beliau mula-mula membawa masuk nama-nama besar dikenali ramai seperti Neelofa, Maya Karin dan Sari Yanti ke dalam industri lakonan suatu ketika dahulu.

Mereka dulu bermula dengan tiada apa-apa. Saya hanya ambil pendatang baru kemudian bentuk mereka jadi bintang.

Neelofa, Maya Karin

Bagaimanapun, pengarah hebat tersebut tidak menafikan pemilihan seseorang pelakon itu harus bersesuaian dengan watak yang diberikan.

Dalam perkembangan yang lain, Aziz memaklumkan dia kini akan kembali mengarah sebuah lagi filem komedi yang bakal melibatkan kumpulan pelawak ternama iaitu Senario.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...