April 26th, 2012

Pengacara Aziz Desa yang terkenal sebagai pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 telah dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu semalam. Menurut isteri Aziz, Raden Nor Azlina, ianya bermula apabila Aziz mengalami kebas kaki dan tangan sejak Selasa. Beliau kemudiannya membeli ubat di farmasi. Kebas telah hilang setelah Aziz mengambil ubat tersebut, bagaimanapun mula mengalami sakit dada, muntah, pening dan jantung berdegup kencang. Menurut doktor, ianya kesan dari ubat menghilangkan kebas dari farmasi.
Sejam lepas, Aziz telah mengemaskini status di Facebooknya;-

ICU Hospital Pakar Perdana KPJ Kota Bharu sejak petang semalam. Hari-hari penuh debaran, cemas, sedih, pilu, sakit, insaf dan pengajaran. Terima kasih komitmen dan dedikasi staf KPJ, KTC, famili, kaum keluarga dan rakan-taulan. Hidup ini indah, semoga ia milik kita semua!

Marilah kita bersama mendoakan kesihatan beliau. Semoga Aziz sembuh segara, Amin.  Kredit gambar Facebook Aziz Desa.

***

Kepada rakan-rakan yang ingin menyertai Pertandingan Senam Seni 1 Malaysia 2012 melalui YouTube dan ingin praktis, apa kata anda yang berada berhampiran Putrajaya untuk mengikuti Senam Seni bersama MySihat pada 29 April (Ahad) jam 7.00 pagi HINGGA 9.00 pagi di Padang Awam, Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya.

Macam-macam aktiviti boleh anda sertai seperti berbasikal fixie, Pertandingan Mewarna dan Melukis Kanak-kanak dan banyak lagi aktiviti utk seisi keluarga..Apa lagi, Jom Senam!!!

Written by shahzeeq
 
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

37 responses to “Aziz Desa Alami Masalah Jantung, Kini Di Wad Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu”

  1. mak teh says:

    awat lah hang dok aib org di sini…kalau ia pun memaafkan org itu jangan jadi insan
    yang lagi teraniaya diakhirat kelak..

  2. Dato minah jambu yg paling paling popular 24jam mengadap computer says:

    lain kali jangan memandai telan obat dari frmsi….pasal mungkin obat tu tk serasi dengan badan kite …rasa kebas2 tu biasa laaaaaa mungkin dh berumor ! minah jambu kalau dudokkkkkkk je lama2 nanti bontot minah jambu semot semot pesal ntah !

  3. Dato minah jambu yg paling paling popular 24jam mengadap computer says:

    hensem pulak minah jambu tengok muka aziz ni bila dia kt atas katil…..semoga cepat semboh n dapat menjalan kn tugas2 harian …semoga allah kurnia kn kesehatan yg baik untok aziz yeeee…….amin……..

  4. zainab bt abd aziz says:

    saya berdoa semua en aziz desa cepat sembuh dan dpt menjalan kan kerja mcm biasa…..pada isteri bersabar berdoa dan bertawakal lah…..

Loading...