Aziz Desa Alami Masalah Jantung, Kini Di Wad Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu

Hiburan

Aziz Desa Alami Masalah Jantung, Kini Di Wad Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu

Pengacara Aziz Desa yang terkenal sebagai pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 telah dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu semalam. Menurut isteri Aziz, Raden Nor Azlina, ianya bermula apabila Aziz mengalami kebas kaki dan tangan sejak Selasa. Beliau kemudiannya membeli ubat di farmasi. Kebas telah hilang setelah Aziz mengambil ubat tersebut, bagaimanapun mula mengalami sakit dada, muntah, pening dan jantung berdegup kencang. Menurut doktor, ianya kesan dari ubat menghilangkan kebas dari farmasi.
Sejam lepas, Aziz telah mengemaskini status di Facebooknya;-

ICU Hospital Pakar Perdana KPJ Kota Bharu sejak petang semalam. Hari-hari penuh debaran, cemas, sedih, pilu, sakit, insaf dan pengajaran. Terima kasih komitmen dan dedikasi staf KPJ, KTC, famili, kaum keluarga dan rakan-taulan. Hidup ini indah, semoga ia milik kita semua!

Advertisement

Marilah kita bersama mendoakan kesihatan beliau. Semoga Aziz sembuh segara, Amin.  Kredit gambar Facebook Aziz Desa.

***

Kepada rakan-rakan yang ingin menyertai Pertandingan Senam Seni 1 Malaysia 2012 melalui YouTube dan ingin praktis, apa kata anda yang berada berhampiran Putrajaya untuk mengikuti Senam Seni bersama MySihat pada 29 April (Ahad) jam 7.00 pagi HINGGA 9.00 pagi di Padang Awam, Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya.

Macam-macam aktiviti boleh anda sertai seperti berbasikal fixie, Pertandingan Mewarna dan Melukis Kanak-kanak dan banyak lagi aktiviti utk seisi keluarga..Apa lagi, Jom Senam!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...