Melihat penampilan baharu rakan karibnya yang juga merupakan ahli kumpulan De Fam, Cik Manggis mengenakan hijab penuh beberapa hari lalu, penyanyi Azira Shafinaz akui terkejut dengan berita tersebut.
Menurut Azira, Manggis memang sudah berhasrat lama untuk bertudung namun tidak menjangka Manggis akan berubah imej secara tiba-tiba.
“Dia tak ada kongsi apa-apa pun padahal baru jumpa berbincang pasal persembahan kami. Cuma dia ada kongsi foto imej baru, dari situ yang saya tau.”
Dalam pada itu, Azira juga menyerahkan segalanya kepada Manggis untuk melakukan keputusan dalam soal menari ketika tampil membuat persembahan.
“Selepas ini persembahan kami akan seperti biasa. Cuma pasal menari tu saya tak nak komen apa-apa la. Saya hormat dengan keputusan yang dia buat.”
Terdahulu, keputusan Manggis untuk berhijab mendapat perhatian ramai malah menurut Manggis beliau tidak menghebahkan penampilan terbaharunya kerana yakin soal penghijrahan bukanlah untuk tatpan ramai. Malah ujar Manggis sebelum ini, identitinya dalam kumpulan De Fam akan tetap sama biarpun sudah bertudung.
Bahkan, percaya kumpulannya tidak mempunyai sebarang halangan untuk terus berkecimpung dalam dunia muzik meskipun hakikatnya beliau kini tampil dengan imej yang sopan.
Untuk rekod, De Fam merupakan kumpulan wanita tempatan yang membariskan penyanyi versatile seperti Sophia Liana, Cik Manggis dan Azira Shafinaz sebagai trio yang menggabungkan unsur tarian dalam nyanyian.
Sumber: Gempak