Dua pelakon kelahiran Malaysia, Azira Shafinaz dan Fabian Loo telah melakar sejarah apabila apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita serta Lelaki Terbaik menerusi filem Indera pada Festival Filem Asia Pasifik Kuala Lumpur ke-61 (APFF 61).
Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan akui terkejut malah tidak mengetahui dirinya tercalon dalam kategori tersebut.
Pertama sekali, saya tidak tahu nama saya tercalon dalam kategori ini.
Jadi, ini seperti satu kejutan besar. Terima kasih kepada APFF atas penghargaan yang besar ini.
Fabian Loo pula diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem arahan Tunku Mona Riza iaitu Raintown.
Memetik dari Kosmo, Azira berkata kemenangan tersebut tidak terlalu membuatkannya tertekan sebaliknya lebih teruja memberi lebih baik dalam lakonan kelak.
Mungkin tekanan lebih kepada mutu lakonan yang akan saya berikan selepas ini. Walaupun sudah berlakon selama 10 tahun, saya ada banyak lagi benda nak belajar.
Kalau nak kata tekanan, tidaklah terasa sangat tetapi saya tak sangka selalu diiktiraf di anugerah peringkat antarabangsa, bukannya di dalam Malaysia.
Walau bagaimanapun, pelakon itu tetap merasakan masih ada kekurangan dalam kamus kerjaya seninya kerana belum menggenggam trofi anjuran festival filem tempatan.
Penat lelah saya terbayar dengan trofi ini. Saya tak boleh nak cakap sama ada kurang dihargai di festival filem tempatan tetapi mungkin belum ada rezeki lagi di Malaysia.
Menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik APFF61, Azira menewaskan empat lagi finalis dari Iran, Thailand, Indonesia dan Taiwan.