Pelakon dan ahli kumpulan De Fam, Azira Shafinaz mendedahkan dia pernah dimarahi oleh seorang pelakon senior ketika baru mula terlibat dalam dunia lakonan.
Ketika ditemu bual, penyanyi itu berkata tindakan pelakon senior tersebut membuatkan dia menangis namun akui tidak menyimpan dendam.
Sebaliknya, penyanyi berusia 33 tahun itu menjadikan kejadian tersebut sebagai motivasi dan pembakar semangat untuknya membuktikan kemampuan dan membaiki mutu lakonan.
Saya pernah dimarahi dan dipanggil bodoh, malah dikatakan tak pandai berlakon. Tipulah kalau saya kata tak terasa, saya memang menangis ketika itu juga. Dia menegur cara lakonan saya.
Tambah Azira, teguran pelakon berkenan ada betulnya memandangkan pada ketika itu dia masih baru dalam industri lakonan dan banyak yang perlu dipelajari.
Mungkin ada juga betulnya dia menegur saya dengan cara sedemikian kerana saya pun masih baharu lagi dalam industri lakonan. Banyak yang perlu saya belajar lagi.
Azira juga menambah, selepas beberapa tahun insiden itu dia kembali bekerjasama dengan pelakon senior yang sama dan lakonannya kali ini dipuji.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.