Azharina Azhar Nafi Diri Seorang Lesbian

Hiburan

Azharina Azhar Nafi Diri Seorang Lesbian

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu hits Elergi Sepi, Azharina Azhar  telah digelar sebagai seorang lesbian apabila dilihat berjalan mesra dengan seorang wanita berambut pendek.

Advertisement

Menafikan sekerasnya tuduhan liar tersebut, Azharina menjelaskan wanita itu sebenarnya adalah adik kandungnya dan gosip ini sedikit sebanyak telah memberikan kesan negatif kepada keluarganya.

Azharina juga turut meluahkan rasa terkilan dan kesal dengan spekulasi masyarakat terhadap dirinya tanpa menyelidik sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam.

Dari dulu lagi orang bercakap buruk mengenai saya. Ada yang katakan saya dibela lelaki kaya selepas bercerai, ada pula yang menuding jari menuduh saya seorang lesbian apabila saya berjalan mesra berdua bersama seorang wanita berambut pendek sedangkan wanita itu adalah adik saya sendiri.

Perkara ini membuatkan keluarga saya terkesan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan oleh pihak tak bertanggungjawab. Namun begitu, keluarga saya tahu siapa saya sebenarnya.

Selain daripada dituduh sebagai seorang lesbian beliau juga dikatakan telah mendapat tajaan daripada seorang vip kerana dapat hidup secara mewah.

Menepis dakwaan buruk yang mengatakan dia hidup atas tajaan, Azharina menjelaskan yang selama ini beliau sibuk menguruskan empat syarikat miliknya.

Selama ini saya sibuk menguruskan enpat syarikat milik saya. Azharina Entertainment (syarikat pengurusan acara), Top 3 Production (syarikat penerbitan dokumentari dan drama), Nina Core Resources (syarikat hartanah) dan Glam Media Production (syarikat produksi yang bertumpu di Sabah). Saya juga menguruskan Kelab Artis 1 Malaysia Sabah yang mana saya bertindak selaku co-founder dan presiden. Jadi selama saya menyepikan diri dari industri hiburan, saya sibuk menguruskan syarikat saya dan tidak ditaja oleh sesiapa.

Sabar aje lah  Azharina dengan mereka yang cakap belakang tu. Mungkin sebab anda sudah jarang menyanyi sekarang dan tiada lagu hits terbaru maka mereka suka hati buat andaian.

Sumber Berita: Murai

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...