Penyanyi Azharina Azhar menafikan spekulasi bahawa dirinya menjalinkan hubungan dengan penyanyi muda, Daniesh Suffian, 27, yang didakwa merupakan ‘anak ikan’.
Jelas penyanyi berusia 40 tahun itu, mereka hanyalah sekadar dua pupu dan pertalian itu terjalin melalui sebelah bapa memandangkan datuknya dan datuk Daniesh merupakan adik beradik.
Terima kasih kerana memberi pahala percuma untuk saya. Saya harap lepas ini orang tidak lagi salah faham. Daniesh bukan ‘anak ikan’, dia adalah sepupu saya sebelah ayah.
View this post on Instagram
Azharina juga berkata dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya cerita tentang Daniesh adalah ‘anak ikannya’ namun akui tidak mengambil hati.
Walaupun di media sosial ramai yang menggelarnya ‘anak ikan’ atau ada yang bergurau panggil ‘anak ikan emas’, saya maafkan kerana mungkin netizen tidak tahu. Ada juga yang kata kami seperti ibu dan anak. Saya hanya tergelak membaca komen terbabit, semua saya anggap biasa je.
Tambah Azharina, dia membawa Daniesh utnuk sama-sama menyanyikan lagu terbaru mereka, ‘Gunung Kinabalu’ sebagai salah satu sumbangan untuk dia memperkenalkan bakat sepupunya itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.