Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Azharina Azhar Dedah Bapa Pernah Minta Pusat Beli-Belah Tutup Sejam Untuk Biarkan Anak-Anak ‘Shopping’

azharina azhar

Siapa tak kenal dengan pelantun lagu popular ‘Elegi Sepi’ iaitu Azharina Azhar. Mula mencipta nama selepas menjuarai program Bintang RTM pada tahun 2001, wanita ini terus berdiri hebat dalam industri seni selepas memenangi Gegar Vaganza musim ke-3.

Lahir dalam keluarga yang senang, Azharina mendedahkan bahawa dia sebenarnya tidak gemar dengan aktiviti membeli-belah sejak daripada kecil lagi. Walaubagaimanapun, ibu bapanya sering memanjakan anak-anak mereka dan tidak berkira ketika berbelanja.

azharina azhar

Advertisement

Lagi mengejutkan apabila penyanyi hebat ini mendedahkan bahawa bapanya pernah meminta sebuah pusat beli-belah di Sarawak untuk menghentikan operasi kepada pengunjung selama satu jam supaya dia diberi laluan untuk membeli-belah.

“Kami diberi kebebasan untuk mengambil apa sahaja barangan di dalamnya. Itulah memori indah yang diciptakan bapa untuk kami.”

Bahkan Azharina sendiri pernah menerima hadiah beg sekolah jenama Prada yang dihadiahkan oleh ibunya. Meskipun barangan bundle daripada luar negara, adik- beradik mereka nyata berasa bertuah dimanjakan sedemikian rupa.

Azharina juga menyatakan bahawa dia jarang membeli-belah di dalam negara dan lebih suka berbelanja di luar negara sekiranya diizinkan.

Advertisement

“Selalunya saya akan membeli belah tiga hingga lima tahun sekali dan akan terbang ke luar negara dan itu ‘merbahaya’.”

Tambahnya lagi, orang ramai tidak akan dapat melihatnya di tempat sedemikian melainkan dia keluar untuk mencari barang keperluan.

azharina azhar

Penyanyi berusia 35 tahun itu juga mendedahkan bahawa dia tidak akan keluar untuk membeli sekadar ingin mencari sehelai seluar. Azharina tidak akan terus membeli seluar mahupun baju dengan hanya melihat di satu kedai sahaja.

Bukan sekadar membeli, wanita ini sangat mementingkan kualiti barangan supaya ianya tahan lama dek pesanan orang tuanya suatu masa dahulu.

Advertisement

“Sementara di rumah, saya peruntukkan sebuah bilik untuk menyimpan barangan hasil belian, malah setengah daripadanya telah dihantar ke Sabah.

Lain orang, lain ragam membeli-belah kan?

Sumber: Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. nadine87

    June 14, 2020 at 9:00 am

    iye2 je dia ni. pnh naik 1 flight dgn dia pegi philipine. duk economy class jgk. dgn kusut masainya. celah mna yg “senang”nya tu pon xtau laaa

  2. Anonymous

    June 13, 2020 at 11:37 pm

    Sorry I had to google on this artist. Ayah dia siapa ye special sangat sampai boleh minta mall tutup untuk family dia je shopping. Rasanya orang lain pangkat tan sri pun susah nak dapat. Lewl.

  3. Anonymous

    June 13, 2020 at 7:32 pm

    Ha ha ha

  4. Anonymous

    June 13, 2020 at 4:04 pm

    Laaa baru 35yo ke. Ingat dah mid 40s. Lol! Bagus la ada kenangan hebat terindah tapi masa sekarang ni dengan ramai susah hati+sedih kena berhenti kerja semua, simpan je la kenangan tu sensorang dulu. Btw, pernah nampak Raja Kedah masa jadi YDP Agung dulu pergi Hj. Ismail group tak bagi tutup kedai. Suruh layan macam orang biasa je.

    • RIZMAR

      June 13, 2020 at 8:16 pm

      Ya..saya pon penah terserempak dgn YDPA Sultan Kedah di kedai Ram’s Langkawi…siap baginda sendiri berjalan2 pilih2 cadar

  5. Viro

    June 13, 2020 at 1:43 pm

    Bila dah sendu, maka keluar lah citer2 rekaan mcm ni.. Delusion… Convince yourself.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top