Azhar Sulaiman Menari Di TikTok, Netizen Samakan Dengan Anak – “Dah Jangkit Dengan Leona”

Hiburan

Azhar Sulaiman Menari Di TikTok, Netizen Samakan Dengan Anak – “Dah Jangkit Dengan Leona”

Pelakon, Azhar Sulaiman memaklumkan dia baru sahaja kehilangan tawaran untuk mengendalikan sebuah program pengembaraan.

Bagaimanapun, pelakon berusia 51 tahun itu berkata kehilangan tersebut ‘digantikan’ dengan tawaran lain iaitu drama bersiri di TV3.

Advertisement

Azhar atau nama sebenarnya Hairi Azhar Sulaiman mendedahkan perkara tersebut menerusi ruangan kapsyen di sebuah hantaran video di laman TikTok.

Hari ku bermula dengan bad news. Lost the travel show job in the morning tapi belah petang dapat job bersiri for TV3. Rezeki anak-anak & my kucings, alhamdullillah.

Menerusi video tersebut, bapa kepada tiga orang anak itu dilihat gembira mendapat tawaran baharu sambil melakukan tarian Calm Down nyanyian penyanyi antarabangsa, Rema.

@azharbsulaiman

Hari Ku Bermula Dengan Bad News. Lost the Travel Show Job in the Morning Tapi Belah Petang Dapat Job Bersiri for TV3. Rezeki Anak2 & My Kucings… Alhamdullillah.

? Calm Down – Rema

Bukan itu sahaja, Azhar yang dilihat baru sahaja habis bercukur telah mendapat pujian daripada warga net kerana imejnya yang nampak lebih muda.

Meninjau di ruangan komen, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan Azhar sudah terikut anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang kerap tular kerana menari di TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Lain Circle Dia Sekarang" - Azfar Heri Lepak Dengan Syed Saddiq, Netizen Kata Dah Macam 'Member'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...