Pelakon, Azhar Sulaiman memaklumkan dia baru sahaja kehilangan tawaran untuk mengendalikan sebuah program pengembaraan.
Bagaimanapun, pelakon berusia 51 tahun itu berkata kehilangan tersebut ‘digantikan’ dengan tawaran lain iaitu drama bersiri di TV3.
Azhar atau nama sebenarnya Hairi Azhar Sulaiman mendedahkan perkara tersebut menerusi ruangan kapsyen di sebuah hantaran video di laman TikTok.
Hari ku bermula dengan bad news. Lost the travel show job in the morning tapi belah petang dapat job bersiri for TV3. Rezeki anak-anak & my kucings, alhamdullillah.
Menerusi video tersebut, bapa kepada tiga orang anak itu dilihat gembira mendapat tawaran baharu sambil melakukan tarian Calm Down nyanyian penyanyi antarabangsa, Rema.
@azharbsulaiman Hari Ku Bermula Dengan Bad News. Lost the Travel Show Job in the Morning Tapi Belah Petang Dapat Job Bersiri for TV3. Rezeki Anak2 & My Kucings… Alhamdullillah.
Bukan itu sahaja, Azhar yang dilihat baru sahaja habis bercukur telah mendapat pujian daripada warga net kerana imejnya yang nampak lebih muda.
Meninjau di ruangan komen, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan Azhar sudah terikut anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang kerap tular kerana menari di TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.