Azhar Sulaiman Bangga Anak Kembar Lulus Lesen Memandu, Bakal Ambil Lesen Kapal Layar

Hiburan

Azhar Sulaiman Bangga Anak Kembar Lulus Lesen Memandu, Bakal Ambil Lesen Kapal Layar

Menzahirkan rasa bangga apabila kedua-dua anak kembarnya Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin berjaya memperoleh dua lesen yang diidamkan mereka, pelakon dan pengacara Azhar Sulaiman kagum dengan kejayaan anak kembarnya itu.

anak azhar sulaiman dapat lesen

Advertisement

Menurut Azhar, Leona kini telah lulus ujian dan bakal memperoleh lesen memandu pertamanya tidak lama lagi, manakala anaknya lelakinya Ress pula bakal menduduki ujian mendapatakan lesen kapal layar pada minggu hadapan.

“Tahniah Leona sebab dah lulus ujian memandu JPJ. Harap staf JPJ tidak terpukau dengan TikTok dia tadi. Selamat maju jaya Rees untuk Skipper License Test (lesen bawa kapal layar) minggu hadapan.

Bagaimanapun Azhar sempat menyakat anak lelakinya itu andai mendapat lesen kapal layar itu nanti, jangan pula berlayar hingga tidak pulang kembali.

“Semoga you akan ada duit untuk beli kapal sendiri suatu hari nanti. Jangan pergi belayar tak pulang-pulang sudah.”

anak azhar sulaiman dapat lesen

Kata Azhar, Rees perlu memiliki lesen untuk membawa beberapa jenis kapal termasuk kapal layar, kapal tongkang dan kapal kecil kerana anak lelakinya itu bakal menjadi peguam maritim.

Untuk rekod, Azhar telah mendirikan rumah tangga bersama Chempaka Emalin Pahamin. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...